Expired : 18.06.18

Seorang Bapa Ini Ceritakan Bahawa Anak Dia Sepatutnya Tidak Naik Pesawat Itu Tetapi Dia Terpaksa Pergi Juga

Seorang kakitangan bank tidak sempat melangsungkan perkahwinan Mei tahun depan apabila dipercayai terkorban dalam n@has Pesawat Lion Air JT 610, hari ini.


Bapanya James Sianturi, 55, berkata, anaknya Janry Efrianto Sianturi, 26, dikatakan pergi ke Pangkalpinang untuk bertemu bakal mertuanya.


Sepatutnya Dia Tidak Naik Penerbangan Itu


Katanya, Janry sepatutnya tidak pulang hari ini tetapi kerana ingin menguruskan segera dokumentasi perkahwinan, dia menaiki pesawat tersebut.


James berkata, kali terakhir menghubungi anaknya malam tadi bertanyakan perancangan untuk bertemu besannya.


“Komunikasi terakhir malam tadi, saya tanya setelah selesai urusan kau di Bandung. Bila pulang bekerja di Pangkalpinang,” katanya ditemui di Bandara Soekarno-Hatta, Cengkareng, Tangerang.


Jelasnya, dia memang terkejut menerima berita Pesawat Lion Air JT 610 terhempas di perairan Daerah Karawang dan mendoakan keselamatan anaknya.


Janry Efrianto antara 188 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boieng 737 itu dipercayai terbunuh dalam n@has berkenaan. – Detiknews


Gambaran bagaimana pesawat Lion Air JT610 terhempas



Ini sedikit gambaran yang boleh kita lihat bagaimana pesawat Lion Air JT610 terh3mpas.


Menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan BASARNAS pesawat dipercayai terh3mpas sedalam antara 30 hingga 35 meter.


Trag3di Lion Air: PAS ucap takziah



SAYA berkongsi rasa sedih dan dukacitadengan trag3di pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di Laut Jawa bersama 188 penumpang dan anak kapal pagi tadi.


Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian ini, pastinya ada hikmah di sebalik trag3di ini buat hamba Allah yang beriman.


Sesungguhnya Allah mengajar hamba-Nya ketika menerima musibah:


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157(


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155) Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali) (156) Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (157)” (Surah Al-Baqarah: 155-157)


ABDUL HADI AWANG. Presiden PAS – HARAKAHDAILY 29/10/2018


“Sistem penerbangan Indonesia menerima banyak kritikan dan dakwaan bahawa sistem penerbangannya tidak mengikut standard antarabangsa.”-Inilah Kronologi insiden pesawat terhempas di Indonesia



KUALA LUMPUR: Nahas pesawat Boeing 737 Lion Air, JT610 hari ini mengingatkan kembali beberapa kecelakaan udara yang terjadi di Indonesia sejak beberapa tahun lalu.


Sistem penerbangan Indonesia menerima banyak kritikan dan dakwaan bahawa sistem penerbangannya tidak mengikut standard antarabangsa.


Berikut ialah insiden pesawat yang terjadi sejak tahun 2013 di beberapa lokasi di Indonesia.


1. April 2013

Boeing 737-800 Lion Air terbelah dua selepas terbabas dari landasan kapal terbang dan terhempas di perairan di Bali.


Kesemua 108 orang yang berada dalam pesawat tersebut selamat selepas mereka berenang ke tepi pantai. Dilaporkan juruterbang pesawat terbabit kurang berpengalaman.


2. Disember 2014

Pesawat AirAsia QZ8501 hilang kawalan sebelum terhempas di Laut Jawa sehingga mengorbankan 162 nyawa.


Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Berdasarkan laporan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) Indonesia, komputer kawalan penerbangan pesawat Airbus A300-200 itu rosak berulang kali termasuk empat kali semasa penerbangan dan 23 kali dilaporkan berlaku pada tahun sebelumnya.


QZ8501

Sebahagian dari banda pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas pada bulan Disember 2014. – Gambar fail


3. Ogos 2015

Pesawat Trigana Air terhempas di Papua New Guinea disebabkan cuaca buruk yang menyebabkan semua 54 orang di dalam jet itu maut.


Pesawat itu membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima anak pesawat, semuanya warga Indonesia.


QZ8501


sebahagian dari banda pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas pada bulan Disember 2014. – Gambar fail


4. Mei 2016

Dua pesawat Lion Air bertembung di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia manakala sebulan sebelum itu, pesawat Batik Air tersangkut dengan sebuah pesawat TransNusa.


Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.


5. Februari 2017

Pesawat Garuda tergelincir di Lapangan Terbang Yogyakarta disebabkan hujan lebat, sejurus selepas ia tiba dari Jakarta. Pesawat itu membawa 123 penumpang dan tujuh kru penerbangan.


6. Ogos 2018

Kanak-kanak berusia 12 tahun merupakan satu-satunya penumpang pesawat swasta (chartered aircraft) milik Dimonim Air yang terselamat dalam nahas yang mengorbankan lapan mangsa lain.


Pesawat itu dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Lapangan Terbang Oksibil di Papua New Guinea.


7. 29 Oktober 2018

Pesawat Lion Air JT-601 terhempas di Perairan Karawangan di Laut Jawa, Indonesia beberapa minit selepas pesawat model Boeing 737 berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta pada jam 6.33 pagi tadi.


Buat masa ini, kesemua 189 penumpang dipercayai terkorban. Operasi SAR sedang giat dijalankan.


kronologi


Nahas pesawat Lion Air: Kad pengenalan, buku akaun bank, anggota badan antara ditemui


Nahas pesawat Lion Air: Kad pengenalan, buku akaun bank, anggota badan antara ditemui


BEBERAPA kad pengenalan mangsa pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin antara butiran yang ditemui oleh pasukan penyelamat.


Menurut Timbalan Bahagian Operasi Pencarian, Pertolongan dan Kesiapsiagaan (BASARNAS), Mejar Jeneral Nughroho Budi Wiryanto, beberapa barangan dipercayai milik penumpang dan kru pesawat ditemui di lokasi pesawat tersebut terhempas.


Menurut Budi, serpihan pesawat turut dipercayai ditemui pasukan penyelamat tempatan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia.

Beliau turut berkata, jenazah penumpang akan dibawa ke RS Polri Kramat Jati di Tanjung Priok, Indonesia.

View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter


Buat masa, ini 450 askar Tentera Nasional Indonesia telah digerakkan ke lokasi tragedi dan 150 anggota dari Agensi Bencana Indonesia (BASARNAS), kata Budi dalam satu sidang media yang diadakan di Jakarta, Indonesia.


Apa yang lebih menyayat hati, jurucakap Bahagian Komunikasi BASARNAS, Sutopo Purwo Nugroho turut berkongsi antara serpihan lain yang ditemui adalah sarung (casing) telefon bimbit milik mangsa dan beberapa dokumen berkaitan.


Jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 di dekat fasilitas Anak usaha PT Pertamina (Persero), Pertamina Hulu Energi Offshore North West Java (PHE ONWJ) di lepas pantai di utara Bekasi, Jawa Barat. Petugas PHE ONWJ melakukan evakuasi dan mengambil dokumentasi.


Netizen yang mengikuti perkembangan terkini turut mendoakan agar proses SAR berjalan dengan lancar.


Pesawat Lion Air JT 610 dari Jakarta ke Pangkalpinang pada jam 6.20 pagi (waktu tempatan) dilaporkan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara sekitar jam 6.33 pagi (waktu tempatan).


Buat masa ini, dipercayai seramai 178 orang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi, dua juruterbang dan lima kru penerbangan berada dalam pesawat berkenaan.


Berikut merupakan 10 perkongsian Astro AWANI berhubung bandar Pangkal Pinang di Bangka, Indonesia.


1. Pangkal Pinang merupakan bandar terbesar di Pulau Bangka, Indonesia dan merupakan Ibu kota wilayah Kepulauan Bangka Belitung.


2. Kawasan Pangkal Pinang umumnya beralun dan berbukit dengan ketinggian 20-50 m diatas paras laut dengan kecerun 0-25 peratus.


3. Populasi Pangkal Pinang sebahagian besarnya terdiri dari etnik Melayu dan juga Cina Hakka yang berasal dari Guangzhou, China manakala etnik lain ialah Batak dan Minangkabau.


4. Agama rasmi ialah agama Islam dan Bahasa Melayu adalah bahasa perantara di daerah itu.


5. Turut dikenali sebagai tempat penghasil timah terbesar di daerah Bangka.


6. Selain penghasilan timah, Pangkal Pinang juga popular dengan hasil pertanian terutamanya tanaman padi.


7. Filem popular Indonesia, Laskar Pelangi pernah melakukan pengambaran filem tersebut di salah satu kepulaan di Pulau Belitung.


8. Lapangan Terbang Depati Amir yang juga dikenali sebagai Lapangan terbang Pangkal Pinang yang terletak di Kota Pangkal Pinang, Provinsi Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia.


9. Tempat menarik yang boleh dilawati di Pangkal Pinang ialah Taman Sari, Taman Merdeka, Pantai Pasir Padi, Pantai Sampur, Chinatown dan Vihara Citra Maitreya.


10. Pangkal Pinang turut sinonim dengan perayaan Nganggung, satu perayaan berkongsi makanan yang juga diadakan semasa Hari Raya Aidilfitiri dan Aidiladha serta semasa Festival Qingming.


sumber: astroawani


VIDEO;





SIARAN LANGSUNG


Perkembangan nahas pesawat Lion Air JT-610 di Indonesia


Posted by Sinar Harian on Monday, 29 October 2018



Norlida Ishak Shop