Expired : 18.06.18

Sepatutnya pemberian dividen Tabung Haji lebih tinggi: Najib


BANGI, 1 Syaaban 1440H, Ahad – Datuk Seri Najib Razak berkata, kejatuhan nilai aset Lembaga Tabung Haji (TH) pada suku keempat 2018 sebanyak RM5.4 bilion, adalah yang paling serius sepanjang tahun lalu.


Beliau mendakwa antara sebab kejatuhan paling teruk dalam tempoh itu ialah propaganda Pakatan Harapan (PH) untuk menyerang Barisan Nasional (BN).


“Saya menerima maklumat (termasuk gambar yang saya lampirkan) bahawa defisit sebenar TH pada akhir tahun 2018 adalah RM10.9 bilion akibat kejatuhan nilai saham.


“Kemudian, kerajaan PH menggunakan ‘creative accounting’ dengan menilai semula aset TH untuk naik sebanyak RM11.9 bilion supaya defisit RM10.9 bilion bertukar menjadi lebihan RM1 bilion dan hibah boleh dibayar.


“Ini juga bermakna hibah yang dibayar sepatutnya boleh lebih tinggi lagi jika mereka mahu dengan kaedah ‘creative accounting’ ini. Kalau boleh ditukar kepada lebihan RM1 bilion, maka senang juga naikkan kepada RM3 bilion,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, malam ini.


Bekas perdana menteri itu berkata, apa yang menyedihkan ialah propaganda PH pada suku ke-4 tahun lalu untuk menyerang BN memakan diri sendri sehingga akhirnya membawa kepada kemusnahan TH.


“Ini ialah langkah (Lim) Guan Eng (menteri kewangan) mengumumkan hutang Malaysia tiba-tiba menjadi RM1 trilion yang menyebabkan banyak pelabur lari pada masa itu.


“Pada bulan Disember 2018, kita dikejutkan dengan kebocoran melalui media asing oleh pihak dalaman PH bahawa TH dalam bahaya. Pada 11 Disember 2018, saya telah menyoal langkah PH berbuat demikian dan memberi amaran bahawa ini adalah langkah kurang bijak dan tentu akan membahayakan TH,” katanya.


Najib berkata, dakwaannya tepat apabila pada 14 Disember tahun lalu, media perniagaan melaporkan bahawa pelabur mula menyebarkan senarai saham dimiliki TH supaya senang untuk dijual.


“Pelabur-pelabur takut bahawa TH akan jual saham-saham dalam senarai itu. Oleh itu, pelabur-pelabur pun jual saham-saham tersebut beramai-ramai dan menyebabkan harga saham dan nilai aset TH jatuh lagi sebelum TH ada peluang untuk jual.


“Akibatnya, saham yang dimilik oleh TH mengalami kejatuhan nilai paling teruk untuk bulan Disember 2018 sehingga defisit TH melonjak menjadi RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018,” katanya.


Beliau berkata, akibat daripada propaganda TH itu, pencarum TH juga menarik diri menyebabkan jumlah nilai caruman jatuh RM500 juta daripada RM76 bilion kepada RM75.5 bilion pada suku ke-4.


Najib turut memuat naik gambar yang menunjukkan kejatuhan nilai aset TH pada suku keempat, berbanding suku ketiga.


The post Sepatutnya pemberian dividen Tabung Haji lebih tinggi: Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop