Expired : 18.06.18

“Serangan Anxiety Kali Ke-3 Ini Lebih Teruk!” – Linda Rafar Mohon Doakan Kakaknya Liza Rafar




Fiza Kamarudin



Hiburan

“Serangan Anxiety Kali Ke-3 Ini Lebih Teruk!” – Linda Rafar Mohon Doakan Kakaknya Liza Rafar
Pelakon dan penyanyi Linda Rafar berkongsi rasa duka di Instagram (IG) mengenai keadaan kakaknya aktres Liza Rafar yang diserang anxiety kali ketiga.

Menurut Linda, serangan kali ketiga itu berlaku dalam masa seminggu dan lebih teruk berbanding yang pertama dan kedua.

“MasyaAllah, tak dapat nak bayangkan ia berlaku tanpa kita duga...Kebas kaki tangan dan kepala selama sejam sehinggakan sukar untuk bergerak.

“Jantung berdebar, sukar bernafas…Yang ada dalam fikiran dia cuma mengucap syahadah berpuluh kali,” katanya.

Bagaimanapun Linda bersyukur kerana ada jiran-jiran yang membantu mengangkat kakaknya dan bawa ke wad kecemasan hospital.

“Hanya diri ini dan Allah…Hanya Dia maha penyembuh…Syukur jiran teman-teman kakak saya sempat angkat dan bawa ke emergency wad.

“Kadang kita tak sangka apa yang boleh berlaku pada tubuh badan kita bila kita terlalu stress, penat, tak jaga makan yang quality dan mengikut waktu, tiada exercise yang betul...Semua adalah penyebab hyperventilation ( Hyperventilation ialah situasi apabila seseorang itu mula bernafas dengan sangat laju),” ujarnya.

Dalam pada itu Linda memberitahu, keadaan Liza kini masih lemah dan sedang berehat di rumah adik mereka, Diana Rafar.

 “Sehingga hari ini kakak masih lagi lemah dan berehat di rumah adik Diana yang menjaga makan minum.
“Dan terima kasih juga kepada adik-beradik lain yang usaha rawatan alternatif dan urutan tradisional serta bekam. Sayang anda semua @zainita04, @asilah_rafar @dianarafar dan @abyzarina yang sudi menjaga.

“Mohon kawan-kawan doakan kakak Linda diberi semangat kembali, kekuatan, sihat yg berterusan dan dijauhi dari segala gangguan.

“Jika ada yang tau di mana tempat yang bagus untuk berubat boleh tinggalkan nombor telefon di ruangan komen,” tulisnya.
 


Sebelum ini, pelakon Diana Danielle turut berkongsi rasa sukarnya apabila diserang anxiety.

Anxiety Disorder berlaku apabila seseorang itu mengalami gangguan kebimbangan berlebihan sehingga menyebabkan kehidupan sehariannya terganggu.

Anxiety juga merupakan penyakit mental yang serius. Jangan pandang ringan sekiranya ada teman mengadu pernah diserang atau sedang berdepan anxiety!
 


Norlida Ishak Shop