Expired : 18.06.18

"Serba Sederhana Tapi Penuh Bermakna" - Izreen Azminda Adakan Majlis Tahnik & Aqiqah Untuk Anak Lelaki




Zulaikha Yusof



Hiburan


Pelakon Izreen Azminda telah mengadakan majlis tahnik serta aqiqah untuk anak keduanya, Aaron Ibrahim semalam.

Menurut Izreen majlis tersebut diadakan dalam keadaan sederhana namun penuh bermakna untuk dirinya dan suami, Ude Wahid.

Izreen memuat naik foto mereka bertiga di sekitar majlis terbabit.

"Terima kasih bagi mereka yang menjayakan majlis tahnik dan aqiqah semalam. Serba sederhana tapi penuh bermakna," kongsinya secara ringkas.

Namun, Izreen belum lagi mendedahkan wajah anaknya kepada umum.

Dalam pada itu, Izreen turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua kepada Ude.

Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.  

Aaron selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu dengan berat 2.85 kg di sebuah hospital swasta ibu kota.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada  2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.

Ude juga memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaity Arish Muqri, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.


Norlida Ishak Shop