Expired : 18.06.18

Seri Perdana kini terbuka untuk lawatan pengunjung

Paparan skrin laman web Seri Perdana menunjukkan bahagian depan kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.
Paparan skrin laman web Seri Perdana menunjukkan bahagian depan kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Kediaman rasmi perdana menteri Seri Perdana di Presint 10 Putrajaya kini dibuka untuk lawatan umum kecuali Jumaat dan cuti umum.

Laman web Seri Perdana menyebut premis itu termasuk blok protokol dan bankuet juga terbuka untuk kunjungan kerana bangunannya “kepunyaan rakyat”.



Lawatan berpandu pada Isnin hingga Khamis boleh dibuat seminggu sebelum lawatan ke premis yang dibina dengan elemen Melayu, Islam dan Eropah.


Setiap lawatan mengambil masa antara 30 minit hingga satu jam bergantung kepada majlis rasmi yang diadakan di bangunan seluas 42.5 ekar tanah. 



Lawatan secara terus (walk in) pula dibenarkan setiap hari kecuali Jumaat, cuti umum dan jika ada majlis rasmi.  


Siap dibina pada 1999, pengunjung perlu berpakaian kemas dan membawa dokumen pengenalan untuk pendaftaran.


Baca seterusnya di Malay Mail


Norlida Ishak Shop