v Sering Kelihatan Gembira Namun Tersimpan Duka, Shiera Ijoy Dedah Kehidupan Peribadi Sherry Alhadad
Expired : 18.06.18

Sering Kelihatan Gembira Namun Tersimpan Duka, Shiera Ijoy Dedah Kehidupan Peribadi Sherry Alhadad

Penyampai radio dan juga pelakon, Sharifah Shahirah ataupun lebih dikenali sebagai Shiera Ijoy baru-baru ini mendedahkan sisi lain ibu saudaranya, aktress Sherry Alhadad.

Kredit foto : Astro Gempak

Advertisement

Jarang sekali kita melihat Sherry tampil atau muncul dalam keadaan sedih di kaca televisyen namun Shiera mengakui dirinya kagum dengan ketabahan saudaranya itu.

Menurut Shiera, ramai yang melihat Sherry sebagai seorang yang tenang dan ‘happy-go-lucky’ kerana sering menghiburkan penonton dan orang ramai.

View this post on Instagram

8 Syawal : MEGA RAYA RIA Outfit by Sherry Alhadad x @mekkembangcotton

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Namun di sebalik sikap positif yang ditunjukkan Sherry, sebenarnya dia menyimpan seribu satu kisah suka duka yang tersimpan rapi dalam dirinya.

Advertisement

“Bapa dia meninggal semasa dia berusia 9 tahun. Tapi ibunya tak pernah langsung menghubungi kami atau saudara-mara untuk minta bantuan.Tetapi bagi Sherry… Ya Allah saya tidak perasan sebelum ini situasinya bagaimana kerana terlalu sibuk dengan kerja,”

View this post on Instagram
Hi Kawan-kawan semuaaaa!…Biasa lahhh tengah PKPB ni nak bergerak sangat pon tak boleh kan. Korang pon mesti rindu Bazaar Ramadan, Moreh, Terawih dekat Masjid ramai-ramai kan. Kalau ada semua tu senang nak cari bubur lambuk, tahun ni susah sikit lahh nak dapat sebab kita still kena jaga social distance dengan semua orang supaya virus covid19 ni dibendung. Hari ini saya nak menunjukkan cara cara memasak “Bubur Lambuk dengan Ayam KFC”. Macam biasa awak semua boleh order mix bucket dengan delivery atau self collect melalui laman web dan aplikasi KFC. Dengan pembelian mix bucket ni, RM1 akan di dermkan untuk bersama-sama melawan virus covid19. Sambil makan sambil beramal kan. *Bahan- Bahan:* – 2 ketul Ayam KFC Hot & Spicy – 4 biji bawang merah – 3 ulas bawang putih – 1 inci halia – 1 kotak santan – 2 batang serai – 1 lobak merah – beras – lada hitam & garam *Cara-Cara Memasak*: 1. Hiris halus bawang merah, bawang putih dan halia 2. Masuk bahan yang dihiris bersama serai yang sudah diketuk di dalam periuk yang berisis beras yang telah dibasuh 3. Masukkan air secukupnya dan kacau sehingga sebati. (Air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga beras betul-betul kembang) 4. Masak sehingga separa kembang 5. Masukkan lombak merah yang telah dipotong dadu. 6. Masukkan isi ayam goreng Hot & Spicy KFC yang telah dipotong ke dalam bubur tanpa tulang. 7. Masukkan santan 1 kotak 8. Biar selama 5 mint ke 7 mint 9. Hidangkan bersama campuran daun sup bersama daun bawang dan kulit ayam goreng hot &spicy KFC yang telah dipotong halus. 10. Siap untuk dihidangkan Senang jekan masakan saya hari ni , awak yang dekat rumah tu boleh lahh cuba nanti ya. Lepas tu kongsi lah kalau ada idea baru boleh saya cuba juga, jangan lupa letak #KepciKitchen Jangan lupa saksikan “Dari Dapur Saya ke Dapur Anda” Setiap Rabu pada jam 6 petang, di TV3 #KepciKitchen #StayHome #DudukRumah #KFCKanAda

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

 Tambah Shiera lagi, kini dia bersyukur kerana Sherry semakin menyinar dalam dunia seni.

“Kini baru saya perasan Tuhan tolong dia, cantik perjalanannya. Ibu dia tak minta bantuan untuk besarkan anak-anak. Orang hentam-hentam tapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang perlu ditempuhi seseorang dalam kehidupan mereka,”

Shiera dan Sherry yang ditemui dalam sebuah program temubual Rumah 107 yang dihoskan oleh Khir Rahman di saluran TV Astro Warna dan Astro Go.

Sumber : Astro Gempak