Expired : 18.06.18

Sering mengadu sakit kepala, akhirnya hilang ingatan diserang strok di usia muda

MENGHADAPI zaman yang kian mencabar, kita sering berdepan pelbagai macam tekanan – di tempat kerja, kos sara hidup kian meningkat, konflik diri dan keluarga dan bermacam lagi – yang akhirnya membawa kepada bermacam simptom mengancam kesihatan.


Paling biasa kita dengar ialah masalah sakit kepala. Bagi kebanyakan orang, sakit kepala akibat stres itu perkara biasa yang boleh diselesaikan dengan menegur air bersama panadol.


Namun, simptom sakit kepala yang tidak dirawat sebaiknya boleh mengundang malapetaka kesihatan yang mungkin tidak terbayangkan sebelum ini.


Pengalaman yang dilalui lelaki ini mungkin boleh dijadikan iktibar apabila isterinya yang mulanya sering mengadu sakit kepala akhirnya diserang stroke pada usia seawal 28 tahun!


Kisah Syuaib Mun digarap dalam satu artikel yang disiarkan blog Siakap Keli menceritakan bagaimana sakit kepala yang sering dihadapi isterinya bertukar menjadi titik hitam dalam kehidupan keluarganya.


Ikuti cerita beliau.


Aku Rasa Aku Manusia Beruntung, Aku Bersyukur Dengan Kebahagiaanku

Aku bekerja sebagai service technician yang miliki segalanya, ada seorang isteri yang baik dan dua orang anak yang menghiasi hari-hari kami. Bagi aku, hidup sederhanaku ini lebih dari cukup, aku bersyukur. Isteriku juga bekerja, Munirah namanya, dia merupakan sales associate.



Hari aku diuji

Sangkakan semua akan terus begini, tapi jangkaan ku khilaf. Aku diuji.

Hari itu tidak seperti selalu, masih aku ingat, mustahil untuk aku lupa. 12 Januari 2019, ketika itu waktu Isyak, Munirah masuk hendak pergi ke bilik air, tapi ketika sampai di pintu, dia jeda. Hanya diam tak berkutik sedikit pun, hanya berdiri di situ. Aku memandangnya, aneh melihat perilakunya.


“Aku melihat dia seolah-olah tersenyum tapi senget ke sebelah kiri. Aku penasaran, apa yang lawaknya? Kenapa dia tiba-tiba senyum sebegitu?”


Aku yang waktu itu sedang melayan kerenah anak-anak terus menerus bertanyanya. Munirah melangkah ke arahku, tepat ke arah sofa tempat aku duduk. Aku tak putus asa, pelik melihat gelagat dia yang tersenyum kidum. Aku memandangnya, tapi kali ini aku terkejut, aku lihat air liurnya sudah mengalir jatuh ke bawah. Aku terkejut!


Aku lantas menghubungi ambulans dan dibawak ke Hospital Bukit Mertajam. Saat berada dalam ambulans, isteriku seolah-olah tidak mengenal diriku. Aku risau, benar-benar gundah. Setahu aku sebelum ini Munirah tidak pernah ada masalah darah tinggi atau kolestrol. Malah, beliau juga takda komplikasi sewaktu bersalin.


Allah Saja Mengerti Perasaanku

Memang Allah sahaja tempat aku mengadu, waktu keputusan MRI keluar, doktor maklumkan bahawa main artery Munirah tersumbat. Hampir aku terduduk, doktor kata:


“Muscles untuk pembuangan air kecil tak berfungsi, tangan , kaki tak boleh bergerak, malah keadaan (penyakit) ini turut memberi kesan kepada memori dan kemahirannya untuk menulis, membaca dan bercakap.”


Ya Allah, Puas aku usaha dan tawakal kepadamu. Aku cuba buat apa yang termampu. Sekarang dia hanya mampu untuk mumbling atau humming sahaja. Aku sendiri tak sanggup melihat isteri kesayanganku bersedih.


Pernah satu haritu dia mintak aku lepaskan dia, mengucap panjang aku!

Bayangkan dia seorang wanita yang cekal dan kuat, tetapi setelah diduga begini, dia seakan-akan putus asa. Aku pandang dia, aku cakap,



“Kau isteri aku, tanggungjawab aku, aku kawin dengan kau sebab Allah, selagi aku bernafas, Insyallah sampai ke akhir nyawa aku pun, aku akan tetap jaga kau..”


Lepas je aku cakap macam tu, alhamdulillah dia langsung tak pernah sebut dah pasal benda tu. Aku nampak dia makin bersemangat, fizikal dia pun semakin lama makin sihat. Cuma sekarang dia cuba mengingati, belajar huruf ABC dan Nombor 123.


Tapi macam aku bersyukur, cukup bersyukur dikelilingi orang yang membantu, memberi sokongan dan Allah sentiasa permudahkan urusan aku. Syarikat Munirah beri dia cuti, cuma tanpa gaji. Mereka masih beri peluang untuk isteri aku pulih macam dulu.


Aku mintak, bulan-bulan puasa ni orang ramai doakan kemudahkan urusan aku. Moga kita semua dalam lindunganp-Nya.


 


The post Sering mengadu sakit kepala, akhirnya hilang ingatan diserang strok di usia muda appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop