Expired : 18.06.18

SERLAHKAN IDENTITI SEBENAR DENGAN ADIDAS VRCT

Adidas melantik beberapa individu prominen untuk bersama meraikan kempen baru sempena promosi pelancaran jaket Adidas VRCT. Turut dipilih sebagai wajah kempen ini ialah pelakon antarabangsa juga bekas penghias sampul depan GLAM Lelaki, Henry Golding.


Jaket VRCT ini diolah dalam desain varsity, dengan empat warna pilihan, berilhamkan kesukanan. Dan tekad dengan matlamat baru yang mahukan pemakainya menggayakan jaket VRCT dengan paduan tersendiri. Sentuhan seni yang tersemat pada jaket mendefinisikan jati diri Adidas yang menjurus aspek kesukanan. Sambil menyemai aspek yang bersifat peribadi melalui pemilihan warna dan lencana.



Pun begitu, faktor fesyen turut bersemadi melalui tampilan warna yang berbeza pada bahagian lengan dan lencana A yang dipamerkan. Terdapat lencana variasi rekaan terjual sempena merai kedatangan jaket Adidas VRCT di Malaysia. Pilih ikut suka yang dirasakan sesuai dengan cita rasa tersendiri. Seramai enam atlet menyertai kempen bermanfaat ini, yang mana setiap daripada mereka berkongsi cerita peribadi melalui pemakaian jaket VRCT. Kini, anda boleh turut sama bercerita bersama jaket VRCT dengan mencuba servis ‘customisation’ di stor Adidas Sports Perfomance KLCC bermula 21 September sehingga 30 September 2019. Masanya untuk kita berani menjadi diri sendiri!




(Teks asal: Johan Kassim)


The post SERLAHKAN IDENTITI SEBENAR DENGAN ADIDAS VRCT appeared first on Glam Lelaki.


Norlida Ishak Shop