Expired : 18.06.18

‘Seronok naik gajah, tapi ramai tidak tahu ia bermula dengan derita’

BAGI mereka yang baru pulang bercuti dari Thailand, tentu tidak sabar untuk berkongsi pelbagai aktiviti menarik di negara gajah putih itu.


Salah satu aktiviti paling popular ialah menaiki gajah.


Namun, tidak ramai tahu bahawa keseronokan itu lahir dari penderitaan dan kesakitan haiwan tersebut ketika dijinakkan sejak kecil.


Realitinya, ada sisi gelap mengenai industri pelancongan melibatkan gajah yang masih ramai yang tidak mengetahui.


Kejam


Menerusi thread di Twitter baru-baru ini, seorang pemuda dengan nama akaun Faizal Ghazaly telah berkongsikan mengenai realiti sebenar betapa kejamnya cara latihan yang diberikan kepada gajah-gajah malang itu.



You can stop inhumanity tortured on elephants by stop riding an elephant! pic.twitter.com/oYtPd0wXzI


— abang baik (@faizalghazaly) April 12, 2019



Dipisahkan dari ibu sendiri


Paling menghibakan, perkongsian dari pengguna Twitter dikenali sebagai Fuzirbarry yang menceritakan bagaimana anak gajah akan dipisahkan daripada ibunya dan dikurung dalam ‘penjara kayu’.


Tidak cukup dengan itu, anak gajah itu akan disiksa bagi memastikan ia jinak dan bersedia ‘melayan’ tetamu.




Proses ini dipanggal "Phajaan". Proses yg kejam yg mana baby gajah dipisah cara paksa & didera. Last2 bagi pelancong naik seronok2. So, bile pegi Siam, jgn gatal2 nak naik gajah. RT utk pengetahuan bersama! #StopAnimalCruelty #elephant pic.twitter.com/YqPv8TwJem


— Uncle Barry (@fuzirbarry) May 2, 2018




Parut di kepala gajah


Lebih kejam, lagi dalam proses menjinakkan haiwan itu yang digelar sebagai Phajaan, memerlukan penjinak menggunakan objek tajam dikenali sebagai Bullhorn untuk mencucuk gajah-gajah tersebut agar mengikut arahan.


Kalau dapat dilihat, perbuatan tidak berperikemanusiaan telah melanggar hak asasi haiwan yang sepatutnya dipelihara, boleh dilihat pelbagai kecederaan ditanggung haiwan tersebut demi untuk mengikut kehendak manusia.



Perkongsian itu mengundang simpati para netizen yang rata-rata bersetuju supaya aktiviti itu diboikot para pelancong yang hendak ke negara jiran itu.


Mereka juga mahu diwujudkan gerakan untuk mengekang tindakan menyiksa haiwan berkenaan semata-mata untuk meraih keuntungan.



 


The post ‘Seronok naik gajah, tapi ramai tidak tahu ia bermula dengan derita’ appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop