Expired : 18.06.18

“Sesiapa Yang Pernah Menyakiti Saya, Kamu Tiada Dosa Dengan Saya,”- Mohon Maaf Pada Semua, Jep Sepahtu Sambut Hari Lahir Ke-35 Di Malam Nisfu Sya’ban


Salain menyambut malam Nisfu Sya’ban, genap jugalah usia pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu yang ke 35 tahun semalam.


Jep menerusi entri terkini di laman Instagram mengambil kesempatan tersebut untuk meluahkan rasa syukur selain turut memohon maaf kepada semua pihak yang pernah tersakiti atas khilafnya.




“Malam ni malam Nisfu Sya’ban. Malam ini juga malam ulang tahun kelahiran saya.


“Saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya pernah menyakiti kamu semua dari segi perbuatan mahu pun tutur kata,” katanya.


Menurut Jep lagi, dia juga tidak pernah mengambil hati dengan insan-insan yang pernah menyakitinya sebelum ini selain turut mendoakan ganjaran syurga buat semua.


“Sesiapa yang pernah menyakiti saya, kamu tiada dosa dgn saya. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita semua.


“Jika Allah izinkan, harap kita semua bertemu di syurga kelak. Salam Kasih Sayang 9.4.85,” tulisnya lagi.


Posting tersebut telah pun meraih hampir 200,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen daripada peminat dan rakan artis yang menitipkan ucapan selamat hari lahir.


Happy Birthday Jep. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.


Sumber: Instagram Jep Sepahtu