Expired : 18.06.18

"Set Penggambaran Seolah-olah Macam Saya Berada Dalam Situasi Sebenar" - Serene Lim




ZULHILMI JALIL



Hiburan



Pelakon Serene Lim memberitahu bahawa penglibatannya dalam filem The Garden of Evening Mists memberi satu pengalaman baru yang cukup bermakna buatnya dalam dunia lakonan.

Ini kerana, menurut Serene, ia merupakan pengalaman pertamanya bekerja dengan sebuah produksi yang cukup besar bagi sebuah naskhah bertaraf antarabangsa.

"Saya tidak banyak pengalaman berlakon. Bagaimanapun, apabila berada di set, saya banyak dibantu dengan suasana di set penggambaran itu sendiri.

"Set penggambaran seolah-olah membuatkan saya berada dalam situasi sebenar seperti yang dipaparkan. Jadi, secara tidak langsung, ia membantu saya untuk lebih menjiwai watak dengan lebih mudah," katanya kepada Gempak.

Pelakon berusia 24 tahun itu menjelaskan, set penggambaran itu memudahkan lagi dirinya menjayakan karakter dirinya yang perlu banyak bermain dengan emosi.

"Apabila set itu macam dalam dunia sebenar, saya lebih mudah untuk dapat 'feel'. Lebih-lebih lagi watak saya yang sarat dengan emosi," kongsinya.

Serene memegang watak sebagai Teoh Yun Hong yang merupakan seorang gadis yang menjadi tahanan tentera Jepun sebelum dijadikan sebagai hamba seks.

BACA: Serene Lim Ditangkap Tentera Jepun, Jadi Hamba Seks?

Filem The Garden of Evening Mist merupakan sebuah karya adaptasi novel tulisan Tan Twan Eng.

BACA: "Saya Seorang Yang Mementingkan Kesempurnaan" - Penulis Novel The Garden of Evening Mists Ambil Masa Hampir 4 Tahun

Selain Serene, filem tersebut menampilkan pelakon Sinje Lee dan Hiroshi Abe sebagai teraju utama.

Karya terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu kini sudah ditayangkan di pawagam sejak 16 Januari lalu.

BACA: "Saya Menangis Empat Kali" - Penonton Tak Sanggup Tengok Babak Kejam

Jadi, bagi mereka yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan filem The Garden of Evening Mists di pawagam berhampiran anda hari ini.