Expired : 18.06.18

“Setelah Semua Orang Cakap Dia Seperti Saya, Terimalah Hakikat Bahawa Dia Ialah Adik Saya,” – Lisa Surihani Komen Dikata Wajah Serupa Ben Amir

Pelakon dan pengacara, Lisa Surihani ada meninggalkan komen terhadap foto yang dikongsi rakan pelakon, Mira Filzah di Instagram.


Menerusi foto yang dimuat naik itu, Mira dirakam ‘berwefie’ bersama heronya dalam Sweet Dream, Ben Amir yang mendukung watak sebagai Qash Adam menerusi drama rantaian berkenaan.




Menariknya, Lisa secara seloroh mengakui bekas finalis Hero Remaja itu ialah adiknya apabila ramai peminat yang mengandaikan hal sama.



“Setelah semua orang cakap dia seperti saya, terimalah hakikat bahawa dia ialah adik saya. Okay jadi, dia macam mana?


“Harapnya dia berkelakuan baik. Kalau tak, beritahu saya. Kak Long ni akan bahasakan dia, eh @benamirr,” tulis Lisa yang turut dibalas Ben.


Bahkan,  Mira turut memberikan reaksi terhadap komen yang tinggalkan Lisa.



“Semua orang asyik memberitahu perkara sama! Mungkin Ben antara tujuh manusia yang seiras kamu! Ahahah,” balas Mira.


Sekadar rekod, Sweet Dreams turut membariskan pelakon lain seperti Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, PU Azman dan ramai lagi.


Drama arahan Michael Ang ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).


Foto: Instagram Lisa Surihani, Mira Filzah


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop