Expired : 18.06.18

Setiap Kali Korang Dengar Perkataan Gatal ni, Apa Yang Akan Korang Fikirkan?

Sebenarnya banyak jenis ‘gatal’ yang terjadi dalam masyarakat kita ni. Bukan sahaja gatal disebabkan penyakit tetapi lebih kepada tabiat ‘gatal’ yang selalu korang buat tu.


Jadi kali ini kami nak kongsi jenis-jenis gatal yang selalu terjadi di dalam kalangan orang Malaysia ni. Mana tahu ada yang boleh relate dengan tabiat korang sendiri.


Gatal nak shopping








1


Siapa yang tak suka shopping kan? Ramai orang rasa yang aktiviti shopping ni macam satu terapi untuk diri sendiri kalau rasa stress dan salah satu cara nak reward diri sendiri.


Tak kiralah perempuan, lelaki, tua atau muda, pasti ada yang pantang nampak jualan murah, mulalah rasa gatal nak shopping tu datang.


Lagi-lagi sekarang ni banyak website dan aplikasi membeli-belah online, hari-hari tangan rasa nak buka website tu. Mula-mula nak tengok je tapi nanti confirm akan ‘ter’beli punyalah.


Gatal nak beli kereta baru


2


Setiap tahun ada sahaja kereta baru yang dilancarkan dan dikeluarkan di Malaysia. Ramailah yang dah mula buat kira-kira cukup ke tak gaji bulan-bulan tu nak beli kereta baru ni. Ada yang sanggup berhutang sana-sini hanya untuk nampak cool dengan kereta baru tu. Harapkan baki gaji yang tinggal cukup-cukup makan tu je lah nak teruskan hidup sampai bulan depan ya janji boleh drive kereta baru, berkilat lagi!


Gatal Badan


Pernah tak tiba-tiba korang rasa gatal satu badan. Tak senang duduk dibuatnya, asyik tergaru-garu tak boleh berhenti sampai merah seluruh badan. Memang rasa seronok dan syok je bila dapat garu tempat yang gatal tu tapi nanti kulit akan luka, melecet dan pedih. Aduh, sakitnya!


Sebenarnya ada beberapa sebab dan faktor yang boleh buat badan korang menjadi gatal-gatal ni.


1. Salah guna produk contohnya kandungan bahan kimia yang tinggi dalam produk penjagaan kulit ataupun korang ada masalah kulit sensitif dan tak boleh menggunakan produk yang bersabun dan berbau wangi.


2. Faktor cuaca dan sekeliling sama ada cuaca terlampau panas, kerja di bawah sinaran matahari dalam masa yang terlalu lama atau selalu terdedah dalam bilik yang berhawa dingin.


3. Kulit kering juga boleh disebabkan oleh faktor peningkatan umur dan perubahan hormon seperti tekanan di tempat kerja.


4. Jenis pakaian yang korang pakai juga boleh jadi punca rasa gatal-gatal satu badan tu. Mungkin jenis kain yang kasar or panas. So, pilih pakaian yang sedap dipakai dan selesa.


Apa yang boleh korang buat?


Semestinya korang perlu pastikan yang kulit sentiasa lembab dan tak kering. Kulit kering boleh menyebabkan korang cepat gatal dan merah.


Jadi, macam mana korang nak pastikan kelembapan kulit supaya kurang lah sikit gatal-gatal kat badan tu.


– Elakkan beli dan guna produk mandian yang mengandungi sabun, berbau wangi dan pastikan korang baca label terlebih dahulu. Pilih yang pH-seimbang!


5


– Jangan mandi air terlalu panas dalam waktu yang lama, kulit boleh jadi cepat kering tak pasal-pasal kulit melecur nanti. Pastikan mandi air yang suam dan gunakan produk mandian QV Gentle Wash.

QV Gentle Wash sangat efektif untuk kulit kering dan sensitif kerana ia bebas sabun dan tidak berbau wangi. Kadar pH seimbang tidak akan menimbulkan rangsangan kepada kulit. Korang boleh order terus dekat

sini


– Pastikan korang gunakan pelembab kulit sejurus selepas mandi sekurang-kurangnya 20g sehari lagi-lagi untuk kulit yang bermasalah.


Gatal nak pasang lagi satu


3


Tabiat gatal yang ni korang perlu jaga-jaga, masalah orang yang tak cukup satu. Jaga-jaga pasangan korang tu, mana tahu ada yang pasang niat gatal-gatal nak tambah lagi seorang kan. Kalau gatal yang ni memang kami tak boleh nak tolonglah. Jangan jadi macam filem madu 3 pula!


Gatal nak jadi keyboard warrior aka Membawang


4


Sekarang ni ramai sangat lah orang yang gatal nak jadi keyboard warrior ataupun membawang. Kenapa korang nak sangat jadi keyboard warrior ni? Tahu tak, ada kajian yang mengatakan sesiapa yang jadi keyboard warrior ni sebab kekurangan kasih sayang dan perhatian. Kesiannya untuk para keyboard warior di luar sana.


Jadi, dalam macam-macam gatal, yang mana satu korang boleh relate?







Norlida Ishak Shop