Expired : 18.06.18

Setiap Kecaman Dan Celaan Saya Maafkan – Isteri Lan Pet Pet

Kes seorang pelawak membelasah seorang pengawal keselamatan sehingga cedera teruk cukup hangat diperkatakan di media sosial. Ramai yang geram dengan tindakannya itu.



Turut terkena tempiasnya adalah Ruby Che Wan, isteri kepada pelawak Lan Pet Pet. Netizen menyerang beliau dengan pelbagai kecaman dan turut meminta Ruby menasihati suaminya itu untuk menghormati orang yang lebih tua.


Ruby yang juga adik kepada selebriti popular Rozita Che Wan menerusi akaun Instagramnya memberitahu beliau sudah memaafkan netizen yang melemparkan kecaman kepada mereka. Katanya lagi, setiap perkara buruk Allah SWT izinkan berlaku, pasti ada hikmahnya.



Setiap kecaman dan celaan, saya maafkan. Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan redha.


Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’.


Dalam perkembangan terbaru, pelawak itu  telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam. Araha itu dikeluarkan oleh pihak mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Seremban. Namun, kes masih lagi di bawah siasatan.


Sumber Berita : Harian Metro


Norlida Ishak Shop