Expired : 18.06.18

Sewa Tanah 4 Ekar Demi Cili, Kini Ayu Damit Usaha Projek Jual Cili Jeruk Sendiri!

Selepas berjaya di sektor pertanian dengan mengusahakan beberapa jenis tamanan khasnya Cili, kini penyanyi Ayu dan suami mengorak langkah dengan memperkenalkan produk Cili Jeruknya sendiri.


Diuruskan secara bersama, Ayu memberitahu ia merupakan projek terkini mereka dengan menyasarkan pembeli di kawasan sekitar terlebih dulu.




“Kiranya inilah projek terbaru dan masih dalam tempoh percubaan. Setakat ini sambutannya memang memberansangkan, syukur,” katanya.


Mulai dengan mengusahakan penanaman kelapa dan nenas lebih lima tahun lalu, penyanyi Hanya Dimercu itu kini bagaimanapun mengakui cukup berminat mengusaha tanaman cili.


“Selain lebih mudah dijaga, cili juga mempunyai permintaan yang tinggi di negara ini. Malah pada masa sama, kita juga kekurangan pengeluar cili tempatan,” jelasnya lagi.


Pada masa sama, Ayu turut menjelaskan mereka kini turut menyewa tanah di sebuah kawasan di Hulu Langat bagi tujuan berkenaan.


“Kami menyewa tanah Orang Asli yang di Pangsoon, Hulu Langat seluas 4 ekar.


“Selain cili, ada juga usahakan beberapa tanaman lain seperti terung,” kongsi Ayu lagi.


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop