Expired : 18.06.18

“Sex Education…Yay Or Nay?” – Seks Luar Nikah Makin Meruncing, Daphne Iking Mohon Pendidikan Seks Diperkasa

Mengulas topik yang cukup hangat ketika ini, Pendidikan Seks untuk anak-anak mendapat sambutan yang cukup panas di ruangan komen Daphne Iking di laman Instagram.


Meminta pendapat netizen sama ada subjek ini harus diwujudkan atau tidak, kata aktres ini, bapanya sering berpesan agar menjauhi seks bebas dan alkohol jika tidak mahu digelar ‘bantanton’ atau perempuan gedik. Ibunya pula lebih terbuka membicarakan soal seks dan menjelaskan seharusnya wanita bersedia secara mental dan fizikal untuk melakukan hubungan tersebut.


Jelas ibu Daphne, kita seharusnya menggunakan terma yang betul seperti zakar, faraj berbanding karipap, burung atau kata rujukan lain supaya kanak-kanak faham apa yang ingin disampaikan.


Menegaskan Pendidikan kurikulum seks dapat mengurangkan kadar hamil luar nikah, STD dan seks luar nikah di kalangan remaja.


Tambahnya lagi, pemikiran remaja belum benar-benar berkembang sebelum menjangkau usia 20 tahun, jadi menjadi tanggungjawab kita mendidik golongan ini sebaik mungkin sebelum terjerumus.


Gangguan seks tanpa rela juga dapat dikurangkan jika kanak-kanak faham apa sebenarnya sentuhan ‘private part’.


“Saya mengajar anak-anak bahawa bahagian peribadi adalah sulit dan tidak ada orang yang seharusnya menyentuh bahagian tersebut tanpa rela.


“Sekiranya terdapat sentuhan yang membuatkan kanak-kanak tidak selesa, tindakan itu harus dilaporkan kepada orang dewasa yang dipercayai,” jelasnya yang telah mendidik anak-anak sedari usia 2 tahun mengenal sentuhan selamat dan tidak selamat.


Walaupun berbicara mengenai seks dengan anak kelihatan janggal, namun ilmu ini penting untuk proses pembesaran mereka




Rata-rata netizen cukup bersetuju dengan setiap hujah yang dikemukakan dan berharap agar kes salah laku seks di kalangan kanak-kanak dan remaja dapat dikurangkan.


Foto – Instagram Daphne Iking


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop