Expired : 18.06.18

Shaheizy Sam terkejut didakwa pernah muflis

Shaheizy Sam meminta orang ramai berhati-hati menilai sesuatu berita bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. — Foto ihsan Instagram/shaheizy_sam
Shaheizy Sam meminta orang ramai berhati-hati menilai sesuatu berita bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. — Foto ihsan Instagram/shaheizy_sam

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pelakon Shaheizy Sam menafikan beliau terlibat dalam pelaburan mata wang digital yang boleh mendatangkan keuntungan lumayan.

Sam pada masa sama menolak tuduhan sebuah artikel yang mendakwa beliau pernah muflis dan berjaya pulih daripada masalah kewangan kerana pelaburan terbabit, lapor Berita Harian.


“Lebih melucukan, artikel terbabit menyatakan saya pernah muflis dan kejayaan saya hari ini kerana pelaburan yang dibuat,” katanya.


Justeru, Sam meminta orang ramai berhati-hati menilai sesuatu berita kerana dikhuatiri menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.


“Sekarang, media sosial juga boleh menjadi sumber fitnah. Jadi, berhati-hatilah! Jangan hanya kerana sesebuah artikel memaparkan artis, ceritanya dianggap benar,” katanya lagi.


Norlida Ishak Shop