Expired : 18.06.18

Shakilla Koriri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Bakal Tunjuk Gambar Bayi Tak Lama Lagi




Syafiqah Jalal



Hiburan

Shakilla Koriri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Bakal Tunjuk Gambar Bayi Tak Lama Lagi
Pelakon Shakilla Koriri selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pada jam 11.30 pagi tadi.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Fizi Ali kepada Astro Gempak.

Menurut Fizi, dia bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulung itu dan bakal mendedahkan wajah puteri mereka dalam masa terdekat.

“Alhamdulilah, terima kasih kepada semua yang mendoakan yang terbaik buat Killa dan sabar.

“Insya-Allah dalam masa terdekat akan tunjuk wajah bayi. Tapi awal-awal ni kita simpan dulu. Biar betul-betul buat kejutan,” katanya.

Fizi memberitahu dia kini memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang bapa, lebih-lebih ;agi membesarkan seorang anak perempuan.

“Terima kasih banyak kepada semua yang memberi sokongan. Bila dah jadi bapa ni saya fikir tanggungjawab lebih besar.

“Lagi-lagi orang cakap dapat anak perempuan ini, tanggungawajabnya lain sedikit. Harap dapat doakan yang terbaik untuk kami,” katanya lagi.

Fizi mendiri rumah tangga bersama Shakilla pada 18 Februari 2018.
 


Norlida Ishak Shop