Expired : 18.06.18

Sharp Aquos R5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 865 Dan Skrin 120Hz Dwi-Takuk

Sharp Aquos R5G ialah sebuah lagi peranti mercu yang menggunakan cip Snapdragon 865. Seperti Sharp Aquos R3 sebelum ini, ia mempunyai rekaan unik kali ini dengan skrin 6.5″ LCD 120Hz dwi-takuk. Takuk pada bahagian atas adalah untuk kamera swafoto manakala takuk pada bahagian dagu pula adalah untuk sebuah pengimbas cap jari.


Peranti turut dilengkapi memori sebesar 12GB LPDDR5, memori 256 GB UFS 3.0, kamera utama 12+12+48+TOF MP, kamera swafoto 16 MP dan bateri sebesar 3730 mAh. Kamera utama mampu melakukan rakaman video 8K 30FPS. Seperti kebanyakan peranti mercu di tahun 2020, R5G  menyokong rangkaian 5G dan juga mempunyai kemampuan kalis air IP68.


Saiz storan terbina yang ditawarkan adalah agak kecil tetapi pengguna boleh menambah menggunakan kad mikro SD sehingga 1TB. Akhir sekali skrin telefon pintar ini menyokong paparan Dolby Vision manakal audio stereonya pula menyokong Dolby Atmos. Harga dan tarikh jualan masih belum diumumkan pada waktu ini.