Expired : 18.06.18

Sheila Rusly Kata Tidak Akan Ada Leftenan Zana 2, Tetapi Akan Ada Yang Lebih Hebat

Penerbit dan pelakon yang turut beraksi di dalam drama rantaian, Leftenan Zana, Sheila Rusly memaklumkan produksinya tidak akan meneruskan sequel kedua drama berkenaan.


Katanya, meski drama lakonan Janna Nick dan Redza Rosli itu mendapat sambutan baik pencita drama Melayu dan ramai yang mahukan sequel keduanya, namun Sheila tetap dengan keputusannya.


Malah memetik Astro Gempak, Sheila mengakui perkara tersebut tidak akan berlaku.