Expired : 18.06.18

Sherry Mohon Maaf Isu Foto Getah Seluar Dalam

Sherry Mohon Maaf Isu Foto Getah Seluar Dalam. Sherry Ibrahim Mohon Maaf Isu Foto Getah Seluar Dalam yang beliau muatnaik dalam instagram beliau baru-baru ini. Posting di instagram Sherry Ibrahim tersebut menerima kecaman bari netizen.


Menurut Sherry, bahagian yang kelihatan seperti seluar dalam seperti yang didakwa oleh ramai netizen sebenarnya getah ‘tights’ yang dipakai di bahagian dalam seluar jeansnya.


“Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah ‘tights’ yang saya pakai di dalam seluar jeans saya.


“Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar.


“Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya,” jelasnya kepada Gempak.


Dalam pada itu, Sherry turut mengatakan dia tidak mahu memadam foto itu dari akaun IGnya.


“Saya tidak mahu memadam gambar itu, ia bukanlah keterlaluan, terasa sayang untuk memadamnya,” tuturnya menutup bicara. -Gempak-


Sherry Mohon Maaf Isu Foto Getah Seluar Dalam
Gambar Sherry yang mengundang kecaman netizen

The post Sherry Mohon Maaf Isu Foto Getah Seluar Dalam appeared first on Berita Viral Terkini.


Norlida Ishak Shop