Expired : 18.06.18

Shopee Piala FA 2019: Lang Merah Iringi Tok Gajah ke Separuh Akhir

Shopee Piala FA 2019: Lang Merah Iringi Tok Gajah ke Separuh Akhir

Pasukan Kedah meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Shopee Piala FA 2019 walaupun sekadar seri 1-1 ketika bertemu PKNS pada aksi suku akhir kedua. Jonathan Bauman terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyudah tenang dalam kotak penalti menewaskan Zarif Irfan pada minit ke 16 sebelum pelawat cuba bangkit selepas Azmeer Yusof tertampan bola ke gawang sendiri tetapi itu belum cukup untuk menyekat kemaraan Kedah ke separuh akhir dengan kelebihan agregrat 4-2.


Norlida Ishak Shop