Expired : 18.06.18

Shopee Piala FA: Tok Gajah Tebus Kekecewaan

Pahang berjaya menundukkan Selangor untuk menjulang Shopee Piala FA 2018.

Pahang menebus kekecewaan final Piala FA musim lalu dengan mengalahkan Selangor 2-0 malam tadi untuk edisi final Shopee Piala FA Malaysia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu.





Skuad bimbingan Dollah Salleh menguasai permainan semenjak perlawanan bermula dan gol pertama terhasil di minit ke-23 selepas hantaran Nor Shahrul Idlan Talaha berjaya disudahkan sempurna dengan rembatan Nor Azam Abdul Azih.Aksi kedua-dua pasukan mula rancak dan saling menyerang sehingga tamat wisel separuh masa pertama.

Pahang menambah derita Selagor di separuh masa kedua apabila dihadiahkan sepakan penalti di minit ke-62 dan Patrick Cruz tidak mensia-siakan peluang yang diberi untuk meletakkan Pahang selesa di depan 2-0.Kedudukan kekal hingga penghunjung wisel penamat.Untuk rekod , Pahang merangkul Piala FA buat kali ketiga malam tadi selepas edisi 2006 dan 2014.

Sambutan dari penyokong seakan suram dengan hanya kira-kira 43,000 orang yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.Tiada sebarang insiden kekecohan berlaku dan 90 minit perlawanan berjalan lancar yang turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Muli (DYTM),Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Menteri Belia Dan Sukan , Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Norlida Ishak Shop