Expired : 18.06.18

Siapa amalkan diskriminasi? Melayu atau bukan Melayu?: Isma


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin


BANGI, 30 Jamadilakhir 1440H, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, kecewa apabila masih berlaku diskriminasi terhadap wanita bertudung terutama dalam arena pekerjaan.


Menurut sebuah firma penyelidikan bebas, Kajian Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS), ia mendapati wanita yang tidak bertudung lebih mudah mendapat panggilan temu duga kerja, berbanding mereka yang memakai tudung.


Pengarah Cent-GPS, Zaidel Baharuddin berkata, menerusi kajian bertajuk ‘Rasisme Dalam Pengambilan Pekerjaan: Kajian Berat Sebelah Berasaskan Kaum Untuk Kerjaya Permulaan Di Malaysia’, pihaknya menghantar resume wanita Melayu bertudung dan tidak bertudung kepada 547 tawaran peluang pekerjaan.


Katanya, kedua-dua resume itu adalah daripada individu yang memiliki kelayakan sama, tetapi dibezakan dengan gambar bertudung dan tidak bertudung.


Bagaimanapun, hasil kajian mendapati wanita Melayu tanpa tudung mendapat kadar panggilan temu duga lebih tinggi, berbanding graduan Melayu bertudung.


“Wanita tidak bertudung menerima 12.7 peratus atau 70 panggilan temu duga, manakala wanita berhijab hanya menerima 9.14 peratus atau 50 panggilan temu duga,” katanya.


Mengulas lanjut perkara itu, Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, isu ini bukan baharu tetapi telah berlaku sekian lama di Malaysia.


“Apakah dasar politik kita mengambil kira perkara ini dalam membawa perubahan kepada negara?


“Pemerintah atau golongan hak asasi manusia selalu melaungkan hak kesamarataan. Tapi apakah mereka memperjuangkan hak seorang muslimah? Kalau tiada, hak apa yang mereka perjuangkan sebenarnya?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.


Aminuddin berkata, golongan ini sebenarnya tidak lebih seperti ejen Barat yang bertopengkan Islam dan sering melabelkan gerakan-gerakan Islam sebagai ekstremis.


“Dari satu aspek lagi, syarikat-syarikat yang menolak paras rupa Muslimah ini kebanyakkannya adalah syarikat bukan Melayu. Nah, siapakah sebenarnya yang mengamalkan diskriminasi? Orang Melayu atau bukan Melayu?


“Saya utarakan perkara ini supaya kita dapat melihat dengan kacamata sebenar perbezaan antara hipokrasi dan kebenaran,” katanya.


The post Siapa amalkan diskriminasi? Melayu atau bukan Melayu?: Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop