Expired : 18.06.18

Siapakah Sebenarnya Janna Nick, Patutlah Cantik Ini Sebabnya

Janna Nick dilahirkan pada 1 Jun 1995 sebagai Nurul Jannah binti Muner di Sungai Petani, Kedah, berdasarkan daripada dokumen kelahirannya dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya. Beliau berdrah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya. Janna juga bergiat aktif dalam pasukan sorak di sekolah bersama adiknya, Nurul Balqish binti Muner.


Siapakah Sebenarnya Janna Nick Yang Cantik ni, Patutlah Cantik Ini Sebabnya


Anak kedua daripada empat adik-beradik. Abangnya, Mohamad Firdaus, manakala dua adik perempuannya ialah Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea. Sepupunya, Adam Lee juga merupakan pelakon.


Berdrah kacukan Cina, Pakistan dan Thai. Sewaktu kecil, beliau pernah tinggal di Amsterdam, Belanda selama tiga tahun. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur. Memulakan karier seni di usia sekitar 5 hingga 7 tahun sebagai model iklan komersial dan video korporat.


Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota. Sewaktu zaman persekolahannya, beliau aktif dalam pasukan sorak serta gemar memasuki pertandingan nyanyian.


Janna Nick Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia Pernah ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis, namun menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan yang diceburi.


DIa Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012. Merupakan pelakon, model, penyanyi dan pengacara. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Cinta Vlog, membawa peranan sebagai Risa, watak pembantu di sisi teraju utama, Aliff Aziz dan Wawa Zainal.


Pernah membintangi filem Kimchi Untuk Awak dan Kerja Kahwin. Juga telefilem, antaranya Sayang Suria, Mek Kelate, Tangisan Izara, Di Pintu Syurga, Travma dan Enam.


Termasuk drama Jodoh, Kasih Berbisik, Syurga Nur, Kau Aku Kita, Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.), Biar Aku Jadi Penunggu, My Coffee Prince, Isteri Untuk Diiktiraf dan banyak lagi. Tidak ketinggalan teater Zombie La La La.


Janna Nick memulakan kerjaya lakonannya pada 2012 menerusi telefilem Cinta Vlog, yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai Risa, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Wawa Zainal, telefilem ini disiarkan di TV9. Seterusnya beliau berlakon dalam drama Ikatan, bersama-sama dengan Ayu Raudhah dan Iqram Dinzly, ia disiarkan di TV2.


Antara tahun 2013 dan 2014, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem, antaranya ialah Jodoh, Aku Bukan Orang Gaji dan Syurga di Wajahmu.


Pada 2015, namanya menjadi perhatian ramai apabila bergandingan bersama pelakon Amar Asyraf menerusi siri drama Syurga Nur, yang mana beliau memegang watak utama sebagai Nur Jannah, drama ini diarahkan oleh Azman “Jinggo” Yahya dan diterbitkan oleh Sheila Rusly menerusi JS Pictures dan disiarkan di TV3 menerusi Slot Akasia.


Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem, antaranya ialah Keluarga Karaoke, Bila Cinta Berbunga, Hidayahmu Ramadhan, Abang Sado Jemur Kain dan sebagainya.


Beliau sekali lagi bekerja di bawah bimbingan Sheila Rusly dan suami, Azman Yahya menerusi siri drama Kau Aku Kita, beliau bergandingan bersama Syarul Ridzwan dan ia disiarkan di TV3 menerusi Slot Lestary. Drama ini melayakkan beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016.


Siapakah Sebenarnya Janna Nick Yang Cantik ni, Patutlah Cantik Ini Sebabnya


Pada 2016, beliau berlakon dalam drama Anakku Diva di TV3 dan Suami Tanpa Cinta di Astro Ria, beliau bergandingan bersama Shukri Yahaya dan memegang watak sebagai Ain Syifa. Beliau juga melibatkan diri dalam pementasan teater apabila membintangi teater yang bertajuk Zombie La La La, beliau memegang watak sebagai Me Mang Nak.


Selain menjadi pelakon, Janna Nick melebarkan sayapnya pula ke bidang seni suara tanah air, apabila beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk, “Mungkin Saja” pada Januari 2016, lagu yang berentak rancak ini dicipta dan ditulis oleh Kuncidemak dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Hikayat Records.


“Macam Adik-Beradik, Ingatkan Kakak” – Wajah Comel Ibu Janna Nick Jadi Perhatian


Siapakah Sebenarnya Janna Nick Yang Cantik ni, Patutlah Cantik Ini Sebabnya


“Patutlah cantik, lihatlah ibunya pula”, itulah antara reaksi yang diberikan pengikut Instagram (IG) selepas melihat wajah ibu kepada pelakon Janna Nick.


Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 23, berkongsi satu foto berserta ucapan terima kasih kepada ibunya yang dikenali sebagai mama Scha menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.


Namun apa yang menarik perhatian pengikutnya adalah wajah polos mama Scha yang kelihatan cantic walaupun tidak mengenakan alat solekan tebal.


Sama seperti anaknya, wajah mama Scha dipuji pengikut IG yang rata-ratanya menyifatkan wanita berusia 44 tahun itu memiliki wajah ‘baby face’.


Tidak kurang juga ada yang menyatakan rasa terkejut kerana mereka berdua kelihatan lebih kepada adik-beradik.


Tak percaya? Nah ini buktinya:






KESIBUKAN dengan rutin kerja sebagai anak seni menyebabkan kualiti masa Janna bersama keluarganya agak terhad. Bagaimanapun Janna tidak pernah lupa untuk menghabiskan masa dengan mereka setiap kali cuti sekolah menjelma.


Sekiranya pada tahun lalu, Janna memilih London sebagai destinasi percutian keluarga bagaimanapun berlainan pada hujung tahun ini. Kali ini destinasi mereka adalah Seoul, Korea.


Pemilihan itu dibuat kerana Janna mahukan suasana yang baharu untuk kesemua keluarga di samping mahu melawat beberapa destinasi menarik yang menjadi tumpuan pelancong seperti Pulau Nami dan Namsan.


“Selalunya kami akan berbincang sebelum memilih destinasi percutian. Kena bentang beberapa destinasi yang berpotensi, selepas itu saya kena kira bajet untuk seluruh keluarga saya.


“Berapa saja bajetnya, saya tak pernah berkira, bayar saja. Saya tahu mereka sudah banyak berkorban untuk saya. Jadi apalah sangat kalau saya berbelanja dan membahagiakan mereka.


“Hanya dengan cara itu, saya dapat memuaskan hati mereka. Lagipun semua itu berdasarkan kemampuan saya sendiri. Asalkan saya tidak membazir atau berlebih-lebih, itu sudah memadai,” katanya yang berhari raya di Sungai Petani, Kedah.


 


Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Sumber : iluminasi , gempak via gnews /Sinar Viral


Norlida Ishak Shop