Expired : 18.06.18

“Siapalah Kita Nak Berlagak, Mati esok Dalam Tanah Juga,”- Dilabel ‘Kekwat’, Ini Respon ‘Padu’ Nad Zainal, Buat Semua Diam!

Pelakon, Nad Zainal manafikan dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya sudah mula riak selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018.


Berkongsi di laman Instagram, Nad memberi tahu, orang ramai telah menyalah anggap dengan ekpresi mukanya yang dikatakan selalu ketat dan sombong.







“Siapalah kita nak berlagak. Mati esok dalam tanah jua. To all yang rasa I macam kekwat tu, mintak ampun. Thank you for loving tonah.


“Tak best tau kalau orang salah anggap. Sejak ada anak ni, naik seram bila orang salah anggap. Nak buat muka nampak sweet 24 jam boleh tak. Problem muka ketat,” tulisnya.


Tambah pelakon drama Fatonah Azali itu, sejak mempunyai anak, dia berasa sangat fobia sekiranya ada orang yang menyalah anggap mengenai dirinya.



Di ruangan komen, rata-rata peminat meminta Nad supaya tidak menghiraukan tanggapan negatif segelintir pihak mengenai dirinya.





Bagi MH, ini adalah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan selebriti selepas memenangi sesebuah anugerah. Semoga Nad tidak patah semangat untuk terus berkarya dan seterusnya memenangi lebih banyak anugerah pada masa akan datang.


Foto: Nad Zainal




Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop