Expired : 18.06.18

Sifat khianat hancurkan negara


1. PIHAK polis berjaya membongkar sindiket penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang yang didalangi pegawai JPN negeri. Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad yang sah, namun dia didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.


2. Tindakan menjual Mykad ini mestilah dipandang serius. Ia adalah salah satu pengkhianatan buat negara. Dalam Islam, perlakuan khianat adalah perbuatan yang sangat tercela. Rasulullah menyenaraikan sifat khianat ini sebagai salah satu daripada sifat-sifat orang munafiq. Malah al-Imam al-Zahabi meletakkan sifat khianat ini sebagai salah satu daripada dosa besar.


3. Sifat khianat inilah yang meruntuh sesebuah kedaulatan negara. Ingatkan kita bagaimana Ibn al-Alqami yang mengkhianat Kerajaan Bani Abbasiyyah sehingga kedaulatan mereka runtuh diserang Tatar. Pengkhianatan dari dalam lebih mudah untuk meruntuhkan keutuhan negara.


4. Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Islam di Andalaus. Menurut Dr. Abdul Halim Uwais, salah satu daripada 40 sebab daripada kejatuhan kerajaan Islam ini adalah disebabkan kerana pengkhianatan dalaman. Sebahagian pemerintah kabilah telah memihak kepada musuh termasuklah Ibn al-Ahmar, pemerintah di Granada.


5. Pengkhianatan dalam lebih merbahaya dari permusuhan yang zahir. Ia berlaku tanpa disedari. Semoga pihak kerajaan lebih tegas dan cermat dalam menangani isu ini.


Semoga Allah membimbing kita.



Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.


The post Sifat khianat hancurkan negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop