Expired : 18.06.18

Sijil Halal Xing Fu Tang Oleh Majelis Ulama Indonesia Didakwa ‘Palsu’

Baru-baru ini kita dikhabarkan bahawa Xing Fu Tang telah diperakui halal oleh Majelis Ulama Indonesia. Pastinya ia merupakan satu perkhabaran yang menggembirakan.

Akan tetapi, seorang pengguna Facebook Mohammad Aqram telah berkongsi melalui Facebook miliknya mengenai status sebenar Xing Fu Tang. Dia telah bertanya kepada pihak Majelis Ulama Indonesia melalui emel untuk mendapatkan kesahihan sijil halal yang diterima Xing Fu Tang.



*UPDATE** HALAL status Xing Fu Tang Malaysia 馬來西亞幸福堂 adalah palsu. Sekali lagi diulangi ia adalah palsu. Saya telah…


Posted by Mohammad Aqram on Tuesday, 23 July 2019



Maklum balas yang diterima ternyata mengejutkan. Pihak Majelis Ulama Indonesia menafikan bahawa Xing Fu Tang telah menerima sijil halal daripada pihak mereka. Malah, sijil tersebut dikhabarkan dikeluarkan oleh badan yang tidak sah dan sijil tersebut adalah palsu sama sekali.

Pastinya ramai pihak yang terasa tertipu dengan isu ini. Diharap pihak Xing Fu Tang dapat memberikan maklum balas mengenai isu ini dan pihak berkuasa dapat menyiasat akan hal ini.


Norlida Ishak Shop