Expired : 18.06.18

Simeone didenda

JURULATIH Atletico Madrid, Diego Simeone didenda 20,000 Euro (RM91,816) kerana meraikan gol dengan cara provokasi ketika kemenangan kelab itu ke atas Juventus, 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara.


UEFA dalam satu kenyataan berkata, tribunal disiplin mereka mengenal pasti 'kelakukan tidak sopan' Simeone selepas dia berpaling kepada bahagian penonton dan meletakkan kedua-dua tangan di bahagian peha untuk meraikan jaringan pembukaan pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir pada 20 Februari lalu.


Musim lalu, bekas kapten Argentina itu disisihkan daripada final Liga Europa selepas digantung empat perlawanan Eropah.


Simeone diperintah keluar dari kawasan jurulatih kerana bertindak menjerit kepada pengadil dan menolak pembantu pengadil perlawanan ketika menentang Arsenal di peringkat separuh akhir.


Juventus pula didenda 30,000 Euro (RM137,688) dan jurulatih Massimiliano Allegri diberi amaran kerana melengahkan perlawanan di Stadium Wanda Metropolitano.


Manakala Atletico didenda 38,000 Euro (RM174,404.80) kerana melakukan hadangan di bahagian tangga dan tindakan penyokong membaling objek. Perlawanan timbal balik di Turin akan berlangsung pada minggu depan.


Norlida Ishak Shop