Expired : 18.06.18

Singapura gantung sementara operasi Boeing 737 MAX 8


SINGAPURA, 5 Rejab 1440H, Selasa – Pihak Berkuasa Penerbangan Singapura (CAAS) menggantung sementara semua operasi penerbangan varian Boeing 737 MAX dari dan keluar republik itu susulan dua kemalangan maut yang membabitkan pesawat terbabit dalam tempoh kurang dua bulan.


Penggantungan itu berkuat kuasa 2 petang hari ini, kata CAAS dalam kenyataan.


Operasi SilkAir, yang mengendalikan enam pesawat Boeing 737 MAX, akan terjejas oleh penggantungan sementara ini, kata CAAS.


Syarikat penerbangan lain yang kini menggunakan pesawat Boeing 737 MAX ke Singapura ialah China Southern Airlines, Garuda Indonesia, Shandong Airlines dan Thai Lion Air.


CAAS berkata, ia bekerjasama dengan Kumpulan Lapangan Terbang Changi dan syarikat penerbangan yang terlibat bagi meminimumkan sebarang kesan ke atas perjalanan penumpang.


Pihak berkuasa penerbangan itu berkata, ia sering berhubung dengan SilkAir membabitkan operasi MAX sejak tahun lepas, dan berpuas hati bahawa ia telah mengambil tindakan yang bersesuaian dalam mematuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan.


Sepanjang tempoh penggantungan sementara ini, CAAS berkata, ia akan mengumpulkan lebih banyak maklumat dan mengkaji semula risiko yang berkaitan dengan operasi berterusan keluar masuk pesawat Boeing 737 MAX dari Singapura.


CAAS juga berkomunikasi rapat dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan pengawal selia penerbangan lain, serta Boeing.


Penggantungan itu akan dikaji semula apabila maklumat keselamatan yang relevan diperoleh, katanya. – Bernama


The post Singapura gantung sementara operasi Boeing 737 MAX 8 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop