Expired : 18.06.18

Sisa kimia: 34 sekolah diarah tutup serta-merta


BANGI, 6 Rejab 1440H, Rabu – Sebanyak 34 sekolah – termasuk dua di bawah kerajaan negeri Johor – di sekitar Pasir Gudang diarahkan tutup serta-merta hari ini, berikutan insiden pencemaran susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Khamis lepas.


Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, beliau turut mengarahkan semua guru di sekolah terbabit supaya tidak bertugas berikutaan keadaan masih bahaya.


“Setelah melihat situasi yang semakin meruncing itu, saya telah mengarahkan semua sekolah dalam radius 3 kilometer ditutup serta-merta dan arahan ini melibatkan 11 sekolah secara keseluruhan.


“Malangnya, hari ini saya dimaklumkan keadaan semakin kritikal. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa anak murid dan warga sekolah, saya telah mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini juga,” katanya.


34 sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih; SK Pasir Putih; SK Tanjung Puteri Resort; SK Kota Masai 2; SK Kota Masai 3; SK Kota Amsai; SK Perigi Acheh; SK Scientex; SK Taman Mawar; Sekolah Seni Malaysia; SK Taman Bukit Dahlia; SK Taman Pasir Gudang 4 dan SK Nusa Damai.


Turut terbabit arahan penutupan SK Kopok; SK Cahaya Masai; SK Taman Cendana; SK Taman Rinting 2; SK Taman Rinting 3; SK Masai; Sekolah Agama Kampung Pasir Putih; Sekolah Agama Taman Pasir Putih dan SJK (T) Pasir Gudang.


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih; SMK Tanjung Puteri Resort; SMK Kebangsaan Kota Masai 2; SMK Kota Masai; SMK Nusa Damai; SMK Taman Rinting 1; SMK Taman Cendana; SM Scientex; SMK Pasir Gudang 2; SM Dato’ Penggawa Timur; SMK Pasir Gudang 3 dan SMK Pasir Gudang 4.


Maszlee sekali lagi menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama sama erat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah menjadi keutamaan.


“KPM memandang serius isu ini memandangkan ia melibatkan risiko nyawa kepada murid, guru dan pekerja sekolah dan KPM menggesa penjenayah yang melakukan kesalahan berat ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera,” katanya.


The post Sisa kimia: 34 sekolah diarah tutup serta-merta appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop