Expired : 18.06.18

Sisa minyak: Sultan Ibrahim titah hukuman berat terhadap pelaku


BANGI, 14 Syaaban 1440H, Sabtu – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mahu pihak berkuasa memperketatkan rondaan di sekitar perairan Johor bagi mengelakkan pembuangan sisa minyak kapal yang mengakibatkan pencemaran laut.


Baginda menitahkan demikian berikutan kejadian tumpahan minyak di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar di Kota Tinggi baru-baru ini.


Kesal dengan perkara itu, Sultan Ibrahim berkata, kegiatan seumpama itu memberi pelbagai kesan kepada laut dan juga hidupan marin, selain turut menjejaskan pendapatan golongan nelayan.


“Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan rondaan bagi mencegah aktiviti pembuangan sisa oleh kapal tangki kerana ia akan memberi pelbagai kesan negatif,” titah Baginda kepada Royal Press Office hari ini.


Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut menitahkan pihak berkuasa supaya mengenakan tindakan serta hukuman berat terhadap mereka yang didapati melakukan perbuatan itu.


Sebelum ini, media melaporkan, Jabatan Laut Wilayah Selatan menemui tompokan tumpahan kira-kira 300 tan minyak bahan api marin sepanjang kira-kira 10 kilometer di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar, dipercayai berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa oleh kapal tangki.


Kapal itu dipercayai membuang Marine Fuel Oil (MFO) ke laut, bagi mengelak bayaran dikenakan di pelabuhan berikutan harganya dikatakan terlalu tinggi.


The post Sisa minyak: Sultan Ibrahim titah hukuman berat terhadap pelaku appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop