Expired : 18.06.18

Siti Nurhaliza buat persembahan di OzAsia Festival, Adelaide 18 Oktober

Siti Nurhaliza mengadakan konsert khas di Festival Theatre, Adelaide sempena OzAsia Festival. — Foto ihsan Instagram/CTDK
Siti Nurhaliza mengadakan konsert khas di Festival Theatre, Adelaide sempena OzAsia Festival. — Foto ihsan Instagram/CTDK

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert di Australia, pada 18 Oktober nanti.


Mengumumkannya melalui Instagram hari ini, Siti, 40, berkata konsert khas di Festival Theatre, Adelaide, dibuat sempena OzAsia Festival.


“Kepada para peminat saya, ‘Sitizoners’, di mana sahaja anda berada, jom kita ke Adelaide,” tulis penyanyi Purnama Merindu.


“Kepada peminat-peminat saya di Australia, inilah masanya anda bertemu dengan saya. Jumpa di Adelaide, Oktober nanti.”


Tiket buat pembeli terawal berharga A$78, premium pula AUD99 manakala tiket temu mesra pula A$149.


Maklumat lanjut layari ozasiafestival.com.au/events/siti-nurhaliza/


Norlida Ishak Shop