v Siti Sarah Sudah Tidak Tahan Hidung Dihina
Expired : 18.06.18

Siti Sarah Sudah Tidak Tahan Hidung Dihina

Negara sudah semakin maju dan kita bakal memasuki tahun 2020, namun isu ‘body shaming’ di Malaysia semakin menjadi-jadi. Lawak tentang bentuk fizikal seseorang ataupun termasuk sebagai salah satu kategori buli.

siti sarah

Baru-baru ini, penyanyi Siti Sarah meluahkan rasa kecewa apabila bentuk fizikal hidungnya terus menjadi bahan kutukan netizen. Sarah berkata sudah lebih 30 tahun dia menjadi mangsa buli dan menganggung penderitaan itu.

“Nak saya tukar hidung ke baru tak hina saya?”

siti sarah tidak tahan hidung dihina

siti sarah tidak tahan hidung dihinaSarah menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik ‘screenshot’ komen seorang netizen yang mempersendakan hidungnya. Sedih dengan segala kutukan, Sarah turut mengatakan adakah dia perlu mengubah ciptaan Allah SWT baru orang akan berhenti menghinanya.

Budaya ‘body shaming’ ini sepatutnya tidak wujud. Orang yang dipersendakan itu boleh menghadapi kemurungan yang melampau dan akhirnya boleh membawa kepada bunuh diri. Jadi, fikirlah terlebih dahulu sebelum berkat-kata, janganlah sehingga mengguris hati seseorang.