Expired : 18.06.18

Sivaraajh diarah keluar Dewan


KUALA LUMPUR, 27 Rabiulawal 1440H, Rabu – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivaraajh (BN-Cameron Highlands) hari ini diarah keluar Dewan kerana gagal membuktikan perintah penggantungan dari mahkamah.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff berkata, arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan Sivaraajh mendapatkan pandangan peguam yang pakar dan membuktikan perintah perundangan berkenaan.


“Saya ingin nasihatkan Cameron Highlands jumpa peguam pakar untuk putuskan sama ada rayuan difailkan secara automatik akan mengakibatkan penggantungan (sementara) keputusan mahkamah, ini penting. Jika tidak ada penggantungan sementara, (maka) anda adalah orang asing di Dewan Rakyat.


“Untuk sementara waktu sila tinggalkan Dewan, dapatkan nasihat peguam dan berikan kepada Speaker,” katanya.


Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal dan tidak sah akibat rasuah.


Susulan itu, Hakim Datuk Azizah Nawawi memerintahkan agar pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi parlimen itu.


The post Sivaraajh diarah keluar Dewan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop