Expired : 18.06.18

SKMM Nafi Memantau Atau Mengintip Kandungan Mesej WhatsApp

SKMM hari ini menegaskan yang mana mereka tidak memantau atau mengintip kandungan mesej individu tertentu – seperti didakwa beberapa pihak lain, dan hal berkenaan adalah palsu dan tidak benar sekali.


SKMM mengatakan mereka tidak mengintip atau memantau kandungan yang dimuatkan pengguna dalam WhatsApp, sekaligus menasihatkan yang mana pengguna tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan.


Untuk makluman, terdapat pelbagai aplikasi yang mengintegrasikan sokongan penyulitan penuh – termasuk di WhatsApp. Ini bermakna, hanya peranti milik penghantar dan penerima sahaja yang boleh menafsir data yang dihantar, serta membolehkan ia dibaca. Tiada pihak lain yang boleh mengintip kandungan berkenaan ketika ia melalui penyulitan.


Norlida Ishak Shop