Expired : 18.06.18

SKMM siasat akaun Facebook hina Yang di-Pertuan Agong


KUALA LUMPUR, 6 Syaaban 1440H, Jumaat – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.


“Pihak berkenaan sangat tidak bertanggungjawab telah memuat naik imej yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook semalam,” kata MCMC.


Siasatan dijalankan ekoran orang ramai melaporkan MCMC supaya tindakan segera diambil pihak berkuasa.


“MCMC juga telah dimaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menjalankan siasatan.


“Penyelarasan siasatan dan perkongsian maklumat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat untuk mengganggu orang lain.


Tertuduh boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.


Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah bersama-sama ahli jawatankuasanya membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook, Sabah-Sarawak Merdeka atas penghinaan Yang di-Pertuan Agong di Ibu Pejabat Polis, Daerah Jerantut, hari ini.


Pemilik akaun terbabit didakwa telah memuat naik beberapa gambar yang menghina Yang di-Pertuan Agong.


Nazri berkata, UMNO Bahagian Jerantut dan seluruh masyarakat amat menyokong Yang di-Pertuan Agong dan institut Raja-Raja Melayu.


“Kami mengutuk sekeras-kerasnya terhadap mana-mana pihak yang menghina institusi Raja-Raja Melayu,” kata Nazri .


Beliau juga inginkan kerajaan untuk ambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook itu bagi memberi pengajaran kepada orang lain.


The post SKMM siasat akaun Facebook hina Yang di-Pertuan Agong appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop