Expired : 18.06.18

Skuad muda Malaysia tewaskan Singapura

SKUAD muda Bawah 18 (B-18) akhirnya mendapat momentum kemenangan selepas menewaskan Singapura 3-1 dalam kejohanan Next Media B-18 AFF 2019 di Stadium Thong Nhat, Vietnam, hari ini.


Kemenenangan skuad Brad Maloney sekali gus meletakkan pasukan di kedudukan kedua kumpulan B di belakang tuan rumah sekali gus menghidupkan harapan untuk menempah tiket ke separuh akhir nanti.


Pada separuh masa pertama menyaksikan skuad Brad lebih mengawal perlawanan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu lawan.


Gol pembukaan akhirnya hadir menerusi Muhammad Firdaus Kaironnisam yang juga produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada minit kelima.


Walaupun skuad kendalian Maloney banyak melakukan serangan berbahaya namun penyudah yang tumpul sekali gus keputusan terbabit kekal hingga separuh masa pertama tamat.


Sebaik sepak mula separuh masa kedua menyaksikan pasukan muda negara terus merencanakan serangan ke kubu lawan bagi mencari gol tambahan.


Kesilapan pertahanan Singapura yang gagal mengeluarkan bola ke kawasan selamat terus dihukum oleh Firdaus untuk menyumbat gol kedua pada m-50 menerusi rembatan kencang.


Namun, barisan benteng pertahanan negara yang leka dan gagal menyekat kemaraan Singapura ternyata dihukum apabila pemain tengah lawan Zamani Zamri berjaya merapatkan jurang pada m-75 untuk kedudukan 2-1.


Skuad muda negara terus mengesahkan tiga mata penting milik mereka apabila Luqman Hakim Shamsuddin menyumbat gol ketiga negara dua minit sebelum perlawanan tamat untuk kedudukan 3-1.


Keputusan kekal hingga tamat perlawanan dan Malaysia bakal bertemu Kemboja pada Sabtu ini dan perlu menang untuk mengekalkan momentum bagi mengharungi saingan lebih mencabar apabila berhadapan Australia serta Thailand nanti.


Norlida Ishak Shop