Expired : 18.06.18

‘SMS Organizer’ Adalah Aplikasi Mengurus SMS Daripada Microsoft

Aplikasi permesejan adalah aplikasi yang sudah ramai tidak hiraukan, kerana ramai pengguna sudah beralih ke aplikasi perbualan media sosial seperti WhatsApp, Telegram, WeChat dan sebagainya. Tetapi, ini tidak menghalang pembangun untuk terus membangunkan aplikasi permesejan dengan meletakkan banyak ciri dan fungsi yang berguna.



Microsoft yang sudah lama terkenal dengan banyak aplikasi Android mereka, mempunyai satu aplikasi mengurus SMS. Aplikasi ini digelar ‘SMS Organizer – Clean, Reminders, Offers & Backup’. Aplikasi ini ramai tidak kenal kerana pada awalnya, ia terhad di India sahaja. Kini Microsoft sudah mula mengedarkan aplikasi ini kepada lebih banyak negara. Tetapi apakah fungsi aplikasi ini?


Nama pun sudah ‘Organizer’, jadi ia mampu mengurus SMS. Apa yang menjadikan aplikasi ini unik adalah ia menguruskan SMS mengikut kategori tertentu. Antaranya adalah;


Jadual Kereta Api Langsung


Di India, pengguna boleh menerima status langsung jadual kereta api dengan mudah. Ia berfungsi tanpa Internet, tetapi menggunakan GPS untuk mengesan lokasi pengguna. Pengguna juga boleh kongsi mereka dengan yang tersayang.


Tawaran Melalui SMS


Pasti ramai yang kerap menerima SMS daripada syarikat telekomunikasi, kedai-kedai atau sebagainya. Dengan aplikasi ini ia mampu mengumpulkannya semua dalam satu kategori.


Buku Catatan Perbelanjaan


Segala SMS perbelanjaan atau baki akaun bank, ia juga akan tersusun dalam satu kategori dan boleh dilihat dengan mudah. Microsoft juga tidak akan membaca data-data sensitif, jadi pengguna selamat.



Terdapat juga fungsi-fungsi lain yang menarik seperti peringatan automatik, sokongan mod tema gelap, membuat sandaran SMS automatik melalui Google Drive, paparkan mesej yang tidak dibaca sahaja dan berfungsi di luar talian.


Menurut pengguna-pengguna dari India, aplikasi ini amat membantu. Jadi harapnya Microsoft boleh berikan peluang kepada semua pengguna Android untuk menggunakan aplikasi ini. Ini kerana di Malaysia aplikasi ini masih tidak boleh dimuat turun dan dipasang.


[downlaod] Muat Turun SMS Organizer – Clean, Reminders, Offers & Backup Di Play Store [/download]


Norlida Ishak Shop