Expired : 18.06.18

Snapchat Dijangka Memperkenalkan Platform Permainan Pada Bulan Hadapan

Snapchat merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian sosial yang mempopularkan format perkongsian “Stories”. Terkini, ia dilaporkan yang mana Snapchat bakal memperkenalkan perkhidmatan permainan pada aplikasi mereka seawal bulan hadapan.


Untuk makluman, desas-desus berkaitan implementasi sokongan permainan pada aplikasi mereka telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini. Melalui ciri permainan ini, ia akan menghimpunkan sejumlah permainan yang dioptimasikan dan ditawarkan pada aplikasi Snapchat.


Dengan langkah ini, Snapchat dijangka akan menambah lagi bilangan pengguna aktif mereka, selain membolehkan pengguna menghabiskan masa lebih lama pada aplikasi berkenaan.


Selain daripada permainan, Snapchat juga dijangka berkongsi sejumlah perkara baru pada acara memfokuskan pembanguna yang bakal dianjurkan buat julung kalinya oleh pihak Snapchat pada April kelak.


Norlida Ishak Shop