Expired : 18.06.18

Sokongan Akar Umbi Positif, Puteri Terus Giatkan Usaha Dekati Pengundi – Zahida

REMBAU, 6 April – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang masuk hari ke lapan hari ini boleh dianggap satu momentum yang baik bagi calon Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat.


Perkara ini dikongsi oleh Ketua Puuteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang turun bersama jenteranya serta jentera tempatan dalam membantu kempen Tok Mat di beberapa kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM).


Beliau melihat jentera bukan sahaja perlu berwaspada dan tidak ambil mudah sebaliknya perlu meningkatkan lagi usaha untuk terus meyakinkan pengundi agar pada 13 April nanti rakyat memberikan undi kepada Tok Mat


Menceritakan suasana di Pasar Malam Sendayan ketika berkempen malam tadi, Zahida memberitahu suasana atau ‘mood’ pengunjung cukup baik dan menceritakan segala-galanya senario PRK kali ini.


“Alhamdulillah hari ketujuh berkempen semalam nampak momentum bertambah bagus dan kita turun ke pasar malam untuk edarkan ‘booklet’, flyers’ dan juga ‘badge’ kepada pengunjung pasar malam. Setakat saya jalan belum ada yang menolak dan mereka mengatakan tidak payah bagi pun tak apa… kami  memang ‘team’ Tok Mat. Ini bermakna sokongan yang kuat kepada Tok Mat di kawasan ini.


“Dan semalam kita turun di Kampung Baru Saga berjumpa dengan pengundi India… sokongan juga menggalakkan dan mereka menyatakan sokongan kepada kami, Tok Mat banyak selesaikan masalah mereka dan banyak membantu mereka. Jadi saya rasa semakin rancak kita berkempen sokongan makin meningkat dan Tok Mat adalah produk terbaik untuk pengundi di sini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.


Pada masa yang sama Zahida turut melihat momentum dikalangan pengundi muda  juga baik dan akan terus ditingkatkan lagi dalam usaha meyakinkan mereka agar membuat pilihan dengan mengundi Tok Mat.


“Momentum pengundi muda khususnya… kita ada buat temubual dalam siri kempen kita di sini dan mereka memberikan maklum balas cukup baik…. Mereka mengatakan zaman Tok Mat dulu mudah untuk berniaga dan sebagainya. Mereka juga turut berkongsi dengan kita… sebelum ini tidak sokong BN dan hari ini menyesal… mereka menolak BN dulu kerana janji-janji manis yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH)… kos sara hidup… PTPTN… harga minyak dan sebagainya lagi. Hari ini ternyata itu semua mimpi di siang hari dan orang muda menyatakan kekesalan kepada kita,” ujarnya. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop