Expired : 18.06.18

Solat Jenazah (ghaib) di seluruh negara buat Al Marhum Ust Nor Azli Musa.

SOLAT JENAZAH (GHAIB)

SELURUH NEGARA


Kenyataan Media Penerangan. 273/144

05 Rejab 1440 | 12 Mac 2019


Solat Jenazah (ghaib) di seluruh negara buat Al Marhum Ust Nor Azli Musa.


Oleh : Nasrudin bin Hassan

Ketua Penerangan PAS Pusat

https://m.facebook.com/kpenerangan




1. Kita semua telah menerima berita dari bumi Madinah Al Munawwarah perihal kembalinya Al Marhum Ustaz Nor Azli Musa (mantan AJK PAS Pusat) ke Rahmatillah.


2. Semoga Allah swt mengurniakan keampunanNya kepada Al Marhum dan merahmatinya serta meletakkannya dari kalangan hambaNya yang soleh.


3. Tentu sahaja ia adalah satu kehilangan besar bagi Parti Islam Se Malaysia (PAS). Justeru Al Marhum adalah seorang pejuang yang gigih dan cekal. Banyak berbakti kepada jamaah dan masyarakat.


4. PAS menyeru supaya seluruh ahli PAS dan sahabat handai yang mengenali Al Marhum dapat mengadakan Solat Jenazah (Ghaib) selepas solat Maghrib hari ini di masjid surau masing-masing di seluruh negara.


5. Jua salam takziah dari seluruh saf kepimpinan PAS Pusat buat ahli keluarga Al Marhum. Semoga sabar dan tabah atas ujian ini.


Islam Memimpin


Sekian.


The post Solat Jenazah (ghaib) di seluruh negara buat Al Marhum Ust Nor Azli Musa. appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop