Expired : 18.06.18

‘Sold Out’ Di Serata Malaysia, Hello Kitty Carrier McDonald’s Ini Dijual Kembali Setinggi RM500

Anda pasti perasan di timeline Facebook serta Twitter anda dipenuhi dengan gambar Hello Kitty Carrier yang dilancarkan secara rasmi jam 10 pagi tadi. Menurut perkongsian, ada yang sanggup beratur seawal 7 pagi lagi bagi tidak terlepas peluang untuk memiliki set khas daripada McDonald’s ini.





McDonald's Malaysia


Mark your calendars, the Hello Kitty Carrier is finally here! Get this exclusive carrier for only RM 29.99 with any purchase of a McValue meal in a single transaction at any McDonald’s restaurants from 27th November, 10am onwards! Super limited stocks available. Hurry! Don’t miss out! Terms and conditions:Only ONE (1) carrier per receipt transaction with any McValue Meal purchase.Not available at Dessert Centers, McCafe Counters and McDelivery. Available while stocks last.Not applicable via McD App purchase.


Posted by McDonald's on Tuesday, 26 November 2019




Untuk melayakkan anda membeli Hello Kitty Carrier ini, anda perlu membeli satu set makanan di McDonald’s terlebih dahulu dan kemudiannya membuat pesanan tambahan Hello Kitty Carrier ini yang dijual pada harga RM29.90.


Tidak sampai satu hari, Hello Kitty Carrier ini sudah pun sold out di cawangan utama sekitar Lembah Klang. Hello Kitty Carrier ini dilancarkan di Singapura pada 14 November yang lalu dan habis terjual dalam masa sehari.


Seperti biasa, ada yang mengambil peluang ini untuk membeli lebih daripada satu set untuk dijual semula pada harga yang lebih tinggi. Berdasarkan tinjauan kami di aplikasi Carousell, harga jualan semula yang normal adalah sekitar RM50-RM80.


Namun, ada yang lebih ekstrim dengan mengiklankan Hello Kitty Carrier mereka dengan harga setinggi RM500! Kenaikan hampir 17 kali ganda harga asal.


McDonalds

Harga tertinggi untuk Hello Kitty Carrier ini di aplikasi Carousell




thank you @McDMalaysia sebab jual hello kitty carrier ni. i suka gle. now my car ada cup holder yang kiyot pic.twitter.com/XX4qf1AxPQ



Norlida Ishak Shop