Expired : 18.06.18

Sony Bakal Memperkenalkan PS4 Pro Dengan 2TB Ruang Storan

Buat anda yang kerap memuat turun game secara digital pada PlayStation 4 anda, kami yakin anda mungkin akan mengalami masalah dalam menyimpan kesemua game anda secara serentak. Hal ini berikutan saiz game kini yang semakin besar saiznya.



Jika sebelum ini model PS4 Pro ditawarkan dengan ruang storan 1TB, kini menerusi model edisi terhad, anda bakal berpeluang mendapatkan model PS4 Pro dengan ruang storan 2TB. Model yang baru sahaja diperkenalkan ini dilancarkan bersempean dengan penjualan 500 juta keseluruhan model PlayStation sejak mula diperkenalkan.


sony-ps4-pro-9-1


Walaubagaimanapun, model ini cuma ditawarkan di Jepun setakat ini dengan harga penawaran ¥44,980 (RM1,653.18) dan bakal mula dijual 21 November ini.


Norlida Ishak Shop