Expired : 18.06.18

Sony Bill Williams arahkan ‘Ring Girls’ yang berb1kini meninggalkan sesi media kerana ia bertentangan dengan Islam


Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ!

Pemain ragbi tersohor New Zealand ‘All Black’, Sonny Bill Williams telah meminta dua ‘ring girls’ yang memakai bikini meninggalkan sesi media promosi perlawanan tinju amal yang bakal berlangsung pada Sabtu ini kerana bertentangan dengan nilai2 agama Islam yang dianutinya.


Sonny Bill Williams yang telah memeluk agama Islam, menegaskan ia tidak perlu menggunakan gadis-gadis berb1kini tersebut untuk mempromosi acara itu.

“It is what it is and that’s the business we’re in, but for myself I don’t think it was necessary bringing them here.” said Williams.

Australia’s Channel 9 reporter Danny Weidler told Nine News,

“The presence of scantily clad ring girls at the media opportunity. Both Williams and his agent (Khoder Nasser) are devout Muslims and asked that they be removed.”

Hasil daripada pertandingan tinju amal yang berlangsung pada 1 Disember 2018 antara Sonny Bill Williams dan Stu Laundy ini akan disalurkan kepada badan amal di Sydney termasuk The Exodus Foundation.



Sumber:Sonny Bill Williams Tweter

Tahun lepas Williams telah dikecualikan daripada memakai logo perbankan, minuman keras atau perjudian di bajunya kerana ia bertentangan dengan kepercayaan agamanya.

Adalah sangat hebat bila melihat Sonny Bill Williams dengan penuh keyakinan mempraktikkan kepercayaannya dan tidak menyembunyikan dari nilai-nilai Islamnya. Semoga Allah memberkati dia.



Sumber:Sonny Bill Williams Tweter

sumber; ilmfeed.com via SepatuPutih

Norlida Ishak Shop