Expired : 18.06.18

Sony Melancarkan Perkhidmatan Seru-Pandu Teksi Di Jepun

Apabila bercakap mengenai Sony, perkara pertama yang muncul di dalam kepala pastinya peralatan elektronik berkualiti tinggi dan PlayStation. Tetapi di Jepun, Sony telah melakukan sesuatu yang di luar kotak dengan melancarkan perkhidmatan seru pandu teksi S.Ride. Menerusi S.Ride pengguna di Tokyo boleh menyeru teksi terus menggunakan aplikasi.


Anda mungkin menggaru kepada kerana mungkin merasakan ini bukanlah inovasi besar sebaliknya menyamai fungsi aplikasi Grab di Malaysia. Tetapi di Jepun ini ialah sesuatu yang baru kerana pengguna di bandar besar seperti Tokyo lebih gemar menaiki kereta api.


Sony Corp, Sony Payment Services dan enam syarikat teksi terbesar Tokyo (Green Cab, International Motor Vehicles, Kotobuki Kotsu, Daiwa Car Transportation, Checker Cab) bekerjasama untuk menjayakan S.Ride. Dengan pelancaran ini sebanyak 10,000 teksi boleh diseru-pandu di seluruh Tokyo. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai, e-dompet dan kod QR.


Norlida Ishak Shop