PlayStation 4 merupakan salah satu konsol keluaran Sony. Walaupun telah berusia beberapa tahun, dan terdapat pelbagai desas-desus berkaitan generasi seterusnya, konsol PS4 masih menjadi perhatian ramai masa kini. Malah, pelbagai permainan baru turut diterbitkan secara eksklusif untuk konsol berkenaan.
Terkini, ia dilihat beberapa penjual menawarkan diskaun untuk konsol berkenaan. PlayStation 4 (SLIM) dengan storan 500GB kini dilihat boleh didapati pada harga serendah RM945. Ia turut hadir dengan sokongan jaminan rasmi selama dua tahun.
Selain versi biasa, sekiranya anda memerlukan PlayStation 4 Pro berstoran 1TB, anda boleh menambah sedikit dan mendapatkannya pada harga RM1388. Kedua-dua promosi ini ditawarkan untuk waktu terhad melalui Lazada hari ini.
Beli : PlayStation 4 SLIM RM945
Beli : PlayStation 4 Pro RM1388