Expired : 18.06.18

SPAL kejutkan Roma

ROMA yang dikendalikan Claudio Ranieri dikejutkan dengan kekalahan 2-1 oleh kelab bergelut SPAL, sekali gus terlepas peluang untuk merapatkan jurang merebut tempat di Liga Juara-Juara dengan pencabar terdekat, Inter Milan dan AC Milan.


Milan di tangga ketiga, satu mata di depan Inter, dengan Roma di tangga kelima ketinggalan tiga mata dalam perebutan ke pentas elit Eropah itu musim depan.


Ranieri memenangi perlawanan pertamanya, 2-1 ke atas Empoli, selepas mengambil alih tugas itu daripada Eusebio Di Francesco yang dipecat.


“Saya mengharapkan lebih. Lawan kami bermain sebagai satu pasukan dan kami tidak,” kata Ranieri mengenai Roma, yang turut tewas pada perlawanan pertama Oktober lalu, 2-0.


“Ada beberapa perancangan menanti jika Roma berjaya ke Liga Juara-Juara. Jika tidak, beberapa pemain ini akan bertukar kelab.


“Kami tewas kepada pasukan yang dibayar kurang berbanding kami, yang lebih rendah diri, tetapi lebih tinggi keazaman mereka, dan mereka membuktikannya hari ini.”


Pemain Algeria Mohamed Fares meletakkan SPAL di depan selepas 22 minit perlawanan berlangsung, dan Ranieri memperkenalkan pemain berusia 19 tahun yang sedang menyinar, Nicolo Zaniolo selepas rehat untuk mengubah rentak.


Edin Dzeko yang cuba mendapatkan bola hantaran Zaniolo dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Thiago Cionek, dan Diego Perotti menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan.


Tetapi tujuh minit kemudian Andrea Petagna meledak gol kemenangan SPAL menerusi sepakan penalti selepas kekasaran oleh pertahanan Roma, Juan Jesus.


Norlida Ishak Shop