Expired : 18.06.18

Spesifikasi Cip Qualcomm Snapdragon 865 Tertiris

Cip mercu dari Qulacomm yang seterusnya ialah Snapdragon 865. Setakat ini 8848 Titanium M6 5G ialah yang pertama mengesahkan penggunaannya. Qualcomm dipercayai akan melancarkan cip ini pada bulan Disember ketika acara Snapdragon Tech Summit tetapi spesifikasinya telahpun tertiris ke arena web.


Menurut sumber dari China, Snapdragon 865 akan hadir dengan satu teras 2.85GHz Cortex A77, tiga teras 2.42GHz Coretx A77 dan empat teras 1.8GHz Cortex A55. Cip GPU pula ialah Adreno 650. Ini adalah peningkatan berbanding cip Snapdragon 855+ dengan konfigurasi satu teras 2.96GHz Kryo 485 Gold, tiga teras 2.42GHz Kryo 485 Gold, empat teras 1,78 GHz Kryo 485 Silver dan GPU Adreno 640.


Dari segi kemampuan memproses pula, Snapdragon 865 memberikan peningkatan CPU serta GPU sehingga 20%. Spesifikasi lengkap tentang sokongan RAM, storan dan kamera akan diketahui kelak. Bagi pengguna Android kemampuan cip ini amat dinantikan kerana sejak dua tahun kebelakangan ini cip keluaran Apple untuk iPhone adalah jauh di hadapan.


Norlida Ishak Shop