Expired : 18.06.18

Spotify Dilaporkan Dalam Perbincangan Awal Untuk Mengambil-Alih Salah Satu Penerbit Podcast Popular

Spotify pada hari ini sedia popular dengan penawaran audio mereka – terutamanya muzik dan lagu. Dalam mevariasikan kandungan yang disediakan, pihak Spotify telah sedia menambah beberapa kandungan berbentuk podcast sebelum ini sekaligus menawarkan pengguna lebih pilihan kandungan untuk didengar.


Terkini, Spotify dikatakan sedang dalam perbincangan untuk membeli Gimlet Media, iaitu salah satu syarikat penerbit yang popular dengan beberapa podcast terbitan dibawah mereka. Selain podcast, Gimlet juga dikatakan menerbitkan beberapa rancangan video dibawah mereka.


Spotify dikatakan dalam perbincangan awal untuk membeli syarikat berkenaan pada nilai mencapai $200 juta. Sekiranya hal ini terjadi, maka ia akan menjadikan buat pertama kalinya Spotify membeli penerbit kandungan, selain mengukuhkan lagi penawaran kandungan dibawah mereka.


Buat masa ini, arena podcast boleh dikatakan masih bersaiz kecil, dan ia diterajui oleh pihak Apple melalui Apple Podcasts. Selain Spotify dan Apple, Google juga turut memfokuskan kandungan podcast ini melalui Google Podcasts sejak tahun lepas.


Ikuti Amanz di Spotify


Ikuti Amanz di Apple Podcasts


Ikuti Amanz di Google Podcasts


Norlida Ishak Shop